Disaat Perintah Kawalan Pergerakan masih berlanjutan pasti semua pihak sangat sensitif mengenai isu rentas negeri kerana ramai yang tidak boleh pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berjumpa keluarga dan sanak saudara.
Begitu juga dengan aktress veteren ini yang terkena tempiasnya apabila dia berkongsi gambar di akaun Instagramnya berjumpa dengan anak-anak dan cucu setelah sekian lama tidak berjumpa.
“Setelah beberapa bulan tidak bersua muka dengan anak2, menantu2 dan cucu2, hari ini kami bagaikan melepaskan rindu yang sudah sekian lama terpendam kebetulan pula mood ‘birthday celebration’ masih ada”
Kegembiraan yang diluahkan oleh Khaty Fauziah itu terhenti seketika apabila mendapat banyak sindiran dari netizen di ruangan komen. Walau bagaimanapun, Khaty dengan tenang menjawab persoalan dan tanggapan netizen terhadapnya kerana menurutnya dia tidak melakukan apa- apa kesalahan justeru turut patuh dengan SOP yang diperintah oleh kerajaan.
“Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.
“Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal di persekitaran daerah yang sama di Selangor. Sejak PKP kami juga macam anda, tak dapat berjumpa.
“Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu. Tentulah saya perlu ke IJN untuk buat susulan.
“Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya, saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya, ikut SOP.”
Menurut Khaty, dia terpaksa merentas negeri bagi menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur dan perlu melakukan ujian saringan Covid untuk menginap di rumah anaknya.
“Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat procedures jantung saya yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat Saya sehingga lah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP.
“Anda dapat bayangkan tak kalau lah procedure jantung saya gagal ketika Itu? Saya dan keluarga saya langsung tidak dpt bersama atau berjumpa.
Di samping itu, Khaty juga turut menasihati netizen untuk berhati- hati dalam berkata-kata dan menghormati orang lain sesungguhnya di juga hanya manusia biasa serta dia turut memohon maaf jika ada yang berkecil hati dengannya.
“Belajar lah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya & keluarga juga hanya manusia biasa, klu ada silap & salah harap dimaafkan sahaja”
Sekadar info, Khaty Fauziah merupakan ibu kepada selebriti terkenal Shaheizy Sam dan menetap di Melaka.