Connect with us

Selebriti

Didakwa Sertai Gegar Vaganza Kerana Duit, Shila Amzah Sudah Lali Dengan Kontroversi

Terdahulu, kecoh di platform media sosial apabila barisan peserta Gegar Vaganza musim ke-9 yang dikenalkan dianggap tidak layak untuk bertanding kerana ada di antara mereka masih aktif menyanyi.

Malah ramai yang mengatakan pihak produksi seperti sudah ‘lari konsep’. Pada awalnya, rancangan ini sebenarnya difokuskan untuk mengetengahkan penyanyi-penyanyi berpengalaman dan profesional yang telah lama menyepi dari tumpuan peminat dan pihak media.

Pun begitu, rata-rata netizen mempersoalkan serta mempertikaikan penyertaan penyanyi terkenal Shila Amzah dalam rancangan tersebut. Seperti yang kita tahu, penyanyi ini pernah menyertai dan menjuarai beberapa pertandingan di Malaysia dan juga di negara China.

Terbaharu, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila binti Amir Amzah telah tampil memberikan penjelasan tentang isu tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi ini menyifatkan penyertaannya dalam Gegar Vaganza adalah untuk memperbaiki diri serta berkarya dan bukanlah kerana duit seperti yang didakwa oleh segelintir netizen malah dia sudah lali dengan kontroversi.

“Saya masuk GV9 bukan sebab duit. Ini kerana saya melihat program realiti ini boleh menjadi platform yang sesuai untuk seseorang penyanyi berkarya. Sebelum ini, saya menyertai pertandingan seperti The Masked Singer dan Anugerah Juara Lagu, tetapi kedua-dua pertandingan itu mempunyai konsep berbeza…”

“Setiap minggu kita akan cuba menampilkan persembahan terbaik dan mencabar kreativiti sendiri. Sebagai penyanyi, program GV9 membantu saya untuk lebih yakin, sekali gus memberi kepuasan kepada diri sendiri. Jika nak cakap takut pada kritikan, saya sudah lalui pelbagai kontroversi…”

“Saya juga tak kisah dikritik dari segi nyanyian kerana lebih baik kritikan soal kerja berbanding peribadi” katanya.


Walaupun sudah menceburi bidang nyanyian bertahun-tahun, Shila mengakui perkara yang paling ditakuti apabila menyertai pertandingan adalah penyingkiran. Namun dia tetap postif dan berbangga dengan dirinya kerana dia merupakan peserta paling muda bersaing dengan penyanyi yang lebih berpengelaman.

“Selalunya perkara paling saya takut menyertai pertandingan adalah penyingkiran. Jika boleh saya nak elak perkara ini berlaku pada saya. Seandainya tewas saya tetap bangga sebagai peserta paling muda dan bersaing bukan dengan calang-calang penyanyi..” tambahnya lagi.

Continue Reading
Advertisement