Connect with us

Viral

Didakwa Tak Sayang Anak Sebab Biarkan Anak Terapung Sambil Tertidur di Tengah Laut, Bapa Tenang Balas Kritikan Netizen

Sejak rakyat Malaysia dibenarkan bercuti tanpa sebarang sekatan ke mana saja, ramai yang membawa anak-anak dan keluarga mengambil angin. Ya lah, duduk rumah lama-lama pun tertekan juga.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, keselamatan harus dititikberatkan. Terutama sekali bagi ibu bapa yang membawa anak kecil bersama untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan bayi comel sedang tenang terapung di tengah pantai bersama pelampungnya. Lebih geram, bayi itu sehingga terlelap dibuai ombak laut.

Bapa bayi bernama , Muhammad Aisy Alfarizqi, 8 bulan, Mohd Khairul Azuan Burhan, 30 berkata, video anak sulungnya dirakamkan oleh adik perempuannya ketika mereka sekeluarga berada di Port Dickson, Negeri Sembilan, bulan lalu.

“Itu kali kedua anak ke pantai, tetapi itulah yang pertama dia mandi laut. Saya dan isteri memang mahu membiasakan anak dengan air supaya dia boleh belajar berenang nanti.

“Sebenarnya anak bukan menangis sebab berada di laut, tetapi merengek nak susu. Biasanya dua sebab anak merengek, sama ada nak susu atau tidur,” katanya.

“Mungkin masa tu angin air laut, cuaca pun tenang. Saya pun sambil-sambil tu ada gerakkan pelampung tu kasi dia macam rasa dibuai… mungkin itu yang dia cepat mengantuk.

“Sepatutnya anak menangis sebab nak minum susu, sudahnya terus tertidur di pelampung selama kira-kira sejam terapung di laut,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.

“Selepas sejam, anak masih tidur. Saya angkat dia dari pelampung dan kemudian bawa dia letakkan dia di tepi pantai bersama ahli keluarga lain.

“Setengah jam kemudian di pantai barulah anak terjaga. Itupun anak tak terus merengek, selepas dibilas dengan air baru kami beri dia susu botol,” katanya.

Walaupun ramai memuji kecomelan anaknya tidur di atas pelampung, dia yang berkhidmat sebagai tentera menyedari ada segelintir pihak yang kurang senang dengan video berkenaan.

“Ada yang komen kami tak sayangkan anak, biar anak tidur seorang di tengah laut. Mak ayah mana tak sayangkan anak? Binatang pun sayangkan anak. Begitu juga saya dan isteri.

“Kami sebenarnya berada dekat dengan anak, hanya sedepa dan sentiasa bersama dan mengawasinya dari dekat. Tak dalam pun, hanya paras lutut saya… dan kalau terjadi apa-apa, saya ada depan tu untuk bertindak pantas,” katanya sambil menambah isterinya merupakan suri rumah dan mengusahakan bisnes kek marble secara online.

“Mungkin mereka lihat video tu dari sudut berbeza dan nampak bahaya, tapi sebenarnya dekat je dari pantai hanya beberapa meter. Dan saya serta isteri ada sentiasa bersama anak.

“Bagi saya, tak ada masalah sekiranya mak ayah nak bawa anak kecil mandi laut. Tapi kena sentiasa awasi mereka dan jangan biarkan mereka keseorangan,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok

@thelessa.a_ Letih lawan ombak KAHKAHKAH 🤪🌊 @AZUAN @eyraaa #takutairpantai #ejoi #budakbijakbanyakakal🥰🥰 ♬ original sound – less.

Continue Reading
Advertisement