Bahaya itu semeangnya tidak mengira masa, hari mahupun tempat jadi sudah pasti kita harus lebih berjaga-jaga dalam apa jua keadaan.
Sama jga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @nurfaatihahmaisarah telah berkongsi sebuah video memaparkan detik cemas yang dialaminya apabila dia dan rakannya diekori rapat sebuah kereta di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Menerusi video tersebut, wanita ini dan rakan-rakannya panik apabila menyedari dia sedang diekori oleh sebuah kereta.
Tidak cukup dengan itu, difahamkan kereta tersebut menggunakan lampu tinggi untuk menganggu penglihatan mereka ketika memandu.
Namun bagaimana pun, sekumpulan anak muda ini bernasib baik apabila ada pemandu lori yang baik hati mahu membantu mereka dengan menjauhkan kereta tersebut daripada mereka.
Fatihah dikatakan panik ketika itu tidak terfikir mahu memandu ke balai polis terdekat atau menghubungi polis..
Bukan itu sahaja, dia juga mengingati nombor plat kereta tersebut dan tekad untuk membuat laporan polis hari ini.
Video yang tular di laman TikTok:
“YANG LALU JALAN KUCHING PLEASE HATI HATI! KALAU KENA MACAMNI PLEASE JANGAN BERHENTI! ORANG KALAU NAK BUAT JAHAT DIA TAK FIKIR APA!” katanya menerusi kapsyen di laman TikTok.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 126.3K tanda suka, 2294 komen dan 2078 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangn komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan turut meninggalkan pesanan kepada rang ramai terutamanya kaum hawa untuk tidak behenti jika berdepan dengan situasi seperti ini.
Dalam masa yang sama, ramai netizen yang menarik lafas lega apabila Faatihah dan rakannya yang lain selamat.
Mereka juga sempat meninggalkan komen supaya sebaiknya kita tidak keluar berseorangan.