Connect with us

Kesihatan

Jika Nak Kurus Raya Nanti, Jangan Pernah Tinggal Limaa Perkara Mudah di Bulan Puasa

Bulan Ramadhan ini pastinya menjadi medan untuk kita membuat ibadah dan menggandakan pahala.

Namun tidak salah dalam masa yang sama untuk kita menjaga kesihatan sekaligus menurunkan berat badan untuk kelihatan cantik dan segak semasa raya nanti.

Jadi, jangan lepaskan peluang sambil beribadat puasa ini kita sama-sama berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Di sini kami kongsikan 5 langkah terbaik untuk anda amalkan pada bulan puasa ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

1. PASTIKAN MINUM 8 GELAS AIR KOSONG

Kita mempunyai masa yang sangat terhad pada bulan Ramadhan untuk mencukupkan keperluan air kosong.

Jadi, seeloknya lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur.

Ini sangat penting kerana ianya lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh badan kita.

Jika ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti berikut:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

2. JANGAN PERNAH TINGGAL SAHUR

Meskipun tidak makan sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi sebenarnya ia adalah amalan yang tidak sihat kerana membuatkan badan lemah semasa puasa.

Malah, ia boleh menggalakkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.

Lagipun, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma dan segelas air.

3. PASTIKAN AMBIL PROTEIN MENCUKUPI

Ketika bangun sahur, pastikan anda jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

Di antara sumber protein yang bagus adalah telur putih, daging bakar, ikan stim / asam pedas, atau ayam kukus.

Makanan ini adalah pilihan terbaik untuk orang yang berdiet. Kalau setiap kali sahur makan overnight oats saja tentu bosan.

Sebenarnya tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma pastikan kuantitinya sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan.

Pastikan anda elakkan juga makanan masin semasa sahur kerana ia boleh menjadikan tubuh kita dehidrasi dan cepat dahaga.

4. 2-HOUR RULE

Di antara sebab utama kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa adalah kita akan tidur dalam masa yang singkat selapas makan sahur.

Malah, lepas solat tarawih pula, kita akan makan moreh dengan kuih atau snek, kemudia baring dan terus tertidur.

Amalan seperti ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari dan ia sangat mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika dilakukan dengan kerap.

Pastikan anda tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

5. SENTIASA KEKAL AKTIF

Walaupun pada siang hari kita kurang bertenaga, ia bukanlah alasan untuk kita tidur dan bermalasan sepanjang hari.

Jika tidak bersenam pun, cuba sedaya upaya untuk mengekalkan aktiviti harian dengan melakukan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah, dan sebagainya.


Pastikan anda tidak tangguhkan semua kerja ini untuk dilakukan selepas berbuka supaya anda boleh fokus pada ibadah lain pada waktu malam.

BACA: Diet Bulan Puasa

Di samping merebut pahala, sebenarnya solat tarawih juga dapat membakar kalori. Ia dapat meringankan tubuh yang ‘berat’ selepas diisi pelbagai makanan semasa berbuka.

Malah, menurut fitness coach, ia mampu membakar hingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid.

Walau apa pun, pastikan tujuan utama solat tarawih adalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukan sekadar nak kuruskan badan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

_________

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan berjaya untuk mendapatkan berat badan yang ideal menjelang Syawal nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.