Connect with us

Selebriti

Digelar ‘Vampire’ Kerana Masih Awet Muda, Sarimah Ibrahim Kongsi Tips Penjagaan Diri Curi Perhatian Netizen

Terdahulu, kemunculan pengacara terkenal Sarimah Ibrahim dalam program Gegar Vaganza di pentas minggu kedua ini telah menjadi bualan hangat warganet di platform media sosial malah ada yang menggelar dirinya sebagai ‘vampire’ kerana kelihatan masih kekal awet muda dan tidak menua walaupun sudah mencecah umur 40-an.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, persembahan pembukaannya bersama Elly Mazlein yang menyanyikan lagu ‘Kini Kau Tiada’ itu turut menerima pujian ramai meskipun sudah sekian lama tidak tampil di layar perak mahupun mengacara mana-mana program.

Pun begitu, baru-baru ini Sarimah Ibrahim tertarik dengan satu ciapan artikel tersebut lalu menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seperti seorang ‘vampire’. Namun dia juga mengakui bukanlah seorang yang suka melihat darah.


Menerusi ciapan yang dimuat naik olehnya di laman Twitter  itu telah menarik perhatian warga maya. Dalam pada yang sama, ada daripada segelintir mereka yang sempat bertanyakan soalan tentang rahsia kecantikannya.

Sarimah yang turut membalas persoalan tersebut telah berkongsikan rutin penjagaan dirinya iaitu hanya minum air sebanyak dua liter setiap hari, mengambil secawan oatmilk latte sebelum melakukan senaman kardio. Tambahnya lagi, selama 40 minit dia akan membuat senaman kardio secara ‘kaw-kaw’.


Bukan itu sahaja, Sarimah juga memastikan dia akan mendapat tidur yang cukup selama tujuh jam, sentiasa solat, dan selalu membuat senaman pernafasan dari bawah perut. Pengacara ini sempat menasihatkan untuk golongan wanita agar mengurangkan penggunaan foundation di muka pada kebanyakan hari serta menggunakan banyak ‘sunscreen’. Akhir sekali, dia akan untuk mencuci muka sebelum tidur.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut berterima kasih kerana Sarimah Ibrahim sempat berkongsikan tips kecantikkan malah ramai yang ingin mencuba rutin berkenaan apabila melihat Sarimah yang masih kekal awet muda sehingga sekarang.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement