Sudah menjadi kebiasaan, anak-anak kecil yang sedang membesar sering kali akan ‘tantrum’ seperti memberontak, buang barang, merajuk dan sebagainya. Hal ini merupakan proses untuk mereka belajar mengekspresikan dirinya disebabkan berasa letih atau kecewa. Boleh dikatakan, ramai ibu bapa yang pernah melalui fasa ini.
Walau bagaimanapun, masyarakat kini seperti kurang kesedaran tentang kanak-kanak istimewa dan segelintir orang merasakan kurang senang melihat mereka membuat perangai di tempat awam. Walhal mereka juga berhak untuk berjalan-jalan seperti orang lain.
Pun begitu, baru-baru ini seorang pelakon dan juga usahawan terkenal Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram yang mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran tersebut, memaparkan foto percutian bersama keluarganya di Langkawi dan turut berkongsikan kisah tentang anak saudaranya yang telah dipandang ‘serong’ oleh seorang individu ketika menaiki kapal terbang malah dia juga sempat mengeluarkan kata-kata tidak baik sambil menudingkan jari ke arah mereka.
Dalam pada masa yang sama, isteri kepada Fattah Amin ini juga meminta pendapat orang ramai berkenaan isu tersebut.
“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia. Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang dan mereka gementar dalam perjalanan di udara? Anak-anak kecil macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik.
“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik “if you guys can’t handle your kids, they shouldn’t be flying!!” sambil menunjukkan jari ke arah anak anda?” luahnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis dan netizen telah memberikan pelbagai reaksi mengenai sikap biadab wanita berkenaan. Bukan itu sahaja, ada yang pernah merasai situasi yang sama seperti pelakon ini.
Antara komen warganet:
“YA ALLAH sedihnya utk yg berkata2 mcm tu.. insan tu blm diuji dgn anak syurga. Semoga mereka yg ‘sempurna’ ni diberi kesedaran utk Ibh peka dan Ibh memahami keadaan. Nanti dah kena kat diri sendiri baru tau..”
“Kita ni orang bertamadun,orang beradab.sepatutnya boleh saja suarakan ketidak puasan hati dgn nada yg tenang dan berhemah.tak perlu mengherdik atau menierit untuk tunjuk kuasa atau amarah…sayang sekali bila org hilang adab..”
“i will feel sad for those people actually. Plane ride is just another form of transportation. It’s not going to a spa/ massage. If they can’t handle being around children or other humans, then book a private plane..”
“Pernah anak sy menangis se9anjang 40 minit flight dri kb ke kul. Berpeluh saya handle. Semua benda buat xjadi. Tu first time die naik, umur setahun..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: