Zarina Zainuddin antara pelakon yang sering berkongsi kisah hidupnya dengan peminat di laman sosial.
Menerusi Instagram, beliau memuat naik satu posting mengenai keindahan hidup bersama madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor yang disifatkan sebagai insan yang sangat disanjungi.
Insan yang amat saya sanjungi
“Yang mengajar saya tentang kehidupan yang selalu menegur salah saya yang membimbing saya ke jalan yang benar”
“Lama saya berkongsi hidup dengannya suka duka dia tetap ada disisi sampailah saat kematiaan nenek atok saya dia tetap ada tenteramkan keadaan”.
“Bacakan Yassin ikut saya balik kampung saya yang termanggu dia ada tak banyak bicara dia buat apa yang patut saya serba kekurangan dia tutup kekurangan saya”.
Izinkan saya berkongsi kasih dengannya
“Diizinkan saya berkongsi kasih dengannya, saya yang tak pandai di ajar saya berniaga saya di beri carum epf saya ada diberi gaji bulan bulan sampailah sekarang saya ada epf ini semua berkat saya bekerja dengannya dulu”.
“Sekarang syarikat tu tetap kami teruskan walaupun tak gah di mata orang tapi bagi saya itulah asal saya melabuhkan diri belajar tentang kehidupan”.
Banyak mana saya sayang suami saya, banyak itu saya sayang padanya
“Saya tak pandai pun tapi saya cekal sebab saya yakin Allah sayang orang yang sabar yang rajin berusaha yang tidak putus asa”.
“Macamana banyaknya saya sayang suami saya, begitu juga banyaknya saya saya padanya”.
Hargai yang ada di depan mata
“Saya banyak buat salah dalam hidup tapi Allah sayangkan saya diberi saya peluang perbaiki hidup saya”.
“Semoga Ramadhan kali ini dapat menginsafkan kita sesungguhnya takdir Allah itu indah sabar redho syukur nikmat Allah”.
“Hargai yang ada didepan mata bila dah tiada hanya kenagan menggamit rasa” tulisnya.
Terdahulu, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Semoga kisah ini menjadi teladan dan inspirasi kepada yang lain. Diharap Ramadhan kali ini memberi sinar baru kepada kita semua.