Connect with us

Semasa

Dikecam Kritik Nasi Lemak, Wartawan British Ini Akhirnya Mengakui Keenakan Hidangan Sebenar

Sebagai rakyat Malaysia sejati, ramai yang membesar dengan nasi lemak. Bahkan hidangan ini boleh dianggap sajian ruji tatkala sarapan pagi yang selalunya lengkap dimakan bersama secawan teh tarik.

Namun lain pula kisah kali ini, seorang wartawan wanita dari United Kingdom menerima kecaman yang sangat hebat terutamanya daripada Warganet dari Malaysia setelah memberi ‘rating‘ yang paling rendah kepada hidangan nasi lemak.

https://twitter.com/KatieMorley_/status/1217406294879035392

Wartawan tersebut turut berkongsi pengalamannya menikmati hidangan nasi lemak menerusi laman twitternya.

Dia menyatakan bahawa ianya merupakan hidangan yang paling teruk. Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Dalam pada menerima kecaman yang hebat, para netizen juga menyarankan Katie Morley untuk menikmati hidangan nasi lemak yang sebenar bagi merasai sendiri keenakan makanan tradisi itu.

Baru-baru ini, wartawan itu telah berkongsi pengalamannya yang menikmati hidangan nasi lemak yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia sememangnya benar tentang keenakkan makanan tersebut.

Awak semua memang benar, ianya sungguh enak”

Wartawan itu mengakui bahawa hidangan nasi lemak yang sebenar sememangnya lazat dan dia juga turut berterima kasih kepada rakyatMalaysia yang mencadangkannya untuk mencuba dan merasai sendiri keenakkan nasi lemak yang sebenar.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.