Pada masa kini, kesedaran memakai topi keledar seolah-olah mula tidak dititik beratkan dan ramai yang mengambil ringan akan hal tersebut.
Macam yang kita sering lihat di dada akhbar, pelbagai kemalangan ngeri melibatkan penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar. Namun itu masih tidak membuat orang ramai sedar akan kepentingan menggunakan helmet ketika berada di jalan raya.
Topi Keledar nyata dapat membantu melindungi kepada daripada berlakunya perkara buruk apabila terjadi sebarang kemalangan yang tidak diingini bahkan sebab itulah pihak polis sangat memandang serius tentang hal tersebut sehinggakan orang yang tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motorsikal boleh dikenakan tindakan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang pemuda dikepung oleh beberapa orang polis ekoran tidak memakai topi keledar mencuri perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, malah dua orang pemuda tersebut dikatakan berpura-pura menjadi pesawah dan tidak menghiraukan panggilan daripada polis sebaliknya mereka terus ‘tekun bekerja’.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Gorontalo, Indonesia dan kemudian menjadi tular ekoran tindakan diluar kotak yang dilakukan oleh pemuda tersebut.
Dapat juga kita lihat, salah seorang daripada pemuda tersebut dilihat membongkokkan badannya dan seolah-olah sedang mencabut tanaman padi.
Aksinya itu disaksikan oleh beberapa orang polis yang sedang menunggu di tepi jalan sambil menjerit ke arah mereka diiringi ketawa kerana tidak menyangka mereka akan melakukan sedemikian
“Wei..wei itu sawah orang lain punya,” jerit salah seorang pegawai polis.
Melihat keadaan itu, salah seorang anggota polis berseloroh dengan menghitung sampai tiga untuk memberi amaran kepada mereka agar menyerahkan diri mereka.
“Kami akan kira hingga tiga,” kata pegawai polis itu.
Video yang tular di laman Instagram: