Terdapat banyak platform sosial media sekarang yang menjadi tempat untuk orang ramai mengembangkan bakat mereka seperti menyanyi, menari, bercerita dan membuat konten konten yag menarik.
Salah satu daripadanya adalah aplikasi Tiktok yang merupakan aplikasi yang paling ‘famous’ digunakan oleh masyarakat tidak mengira usia dan negara.
Pun begitu,sama juga ceritanya dengan Ryan Bakery yang mencuba nasib di laman Tiktok dan sekali gus menjadikan dia ‘public figure’ yang terkenal dengan konten lawak yang dibuatnya. Setakat ini, pengikut Ryan Bakery di laman TikTok telah mencecah sebanyak 2.4 million.
Baru baru ini, Ryan Bakery telah dilantik menjadi ikon terbaharu Bubble Bee yang dimiliki oleh Pelawak Shuib Sepahtu. Ia juga menjadi persoalan kenapa Shuib memilih ikon yang bukan dari kalangan artis.
Memetik laporan Gempak, Shuib menjelaskan pelantikkan Ryan Bakery bukan atas ‘pilihannya sendiri’. Perkara itu terjadi apabila anak-anaknya, Uwais yang memperkenalkan Ryan kepada dirinya.
“Segalanya bermula apabila anak-anak saya mula menunjukkan content Ryan Bakery kepada saya. Mereka kata Ryan Bakery ni kelakar. Terutamanya Uwais. Dia kata: Takkan you tak kenal dia. You cakap you kenal Syamsul lah, Sharnaaz lah…takkan dia you tak kenal.” katanya.
Shuib turut menjelaskan dia telah mengenali Ryan melalui video call dan dia merasakan sifat Ryan Bakery yang baik. Dia juga dapat rasakan yang Ryan Bakery boleh mewakili jenama Bubble Bee untuk golongan yang lebih tertumpu ke platform TikTok.
“Saya kata saya boleh dapatkan dia, tapi nak buat apa? Rupanya anak saya nak video call. Jadi, saya DM Ryan Bakery dan tunaikan hajat anak-anak untuk video call dengannya. Dari perbualan video call itu, saya dapat rasa vibe yang baik daripadanya,” katanya.
Sebelum ini juga, kedai Bubble Bee nya juga banyak dipromiskan oleh rakan-rakan artis.
“Terdahulu, golongan yang banyak mempromosikan Bubble Bee adalah rakan-rakan selebriti saya. Jadi, apabila melihat Ryan Bakery ni, saya rasa dia boleh tarik crowd yang berbeza di TikTok.
“Sebelum saya lantik dia menjadi ikon, kami buat percubaan menerusi satu video dulu. Dari situ saya lihat kesungguhan yang dia tunjukkan untuk menghasilkan kandungan yang terbaik.
“Saya suka tengok kandungan yang dia but… sebab kandungan-kandungan itu memang mirip komedi zaman saya. Dalam masa sama, saya juga hargai kesungguhannya dalam bidang ini. Daripada orang biasa dan alhamdulillah dia kini dikenali” ujarnya lagi.