Kes buli bukan sahaja dari segi fizikal seperti pukul mangsa, membaling objek atau seperti mana yang kita sering lihat di kaca TV malah, penderaan daripada segi mental juga boleh diklasifikasikan sebagai membuli.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi sebuah situasi dimana anak buahnya yang berusia 9 tahun menjadi mangsa buli di applikasi Whatsapp mencuri perhatian ramai.
Wanita ini juga menyertakan beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan pelajar lain yang melemparkan kata-kata kesat berserta hinaan kepada anak buahnya.
Lebih menyakitkan hati apabila melihat keadaan budak perempuan itu yang menangis teresak-esak ketika pulang ke rumah gara-gara dimarahi oleh gurunya.
“Lepas itu macam biasa lah cikgu downplay benda ini. Cakap ala budak-budak biasa la. Parents cakap budak tu belajar cakap macam itu daripada TikTok.”
Berang dengan apa yang berlaku, wanita ini membuat laporan ke pada pihak guru namun jawapan yang diberi sangat mengecewakan malah sempat memberi sindiran sinis.
“Cikgu siap cakap nak cili mulut anak saudara aku. Balik-balik sekolah jadi murung, balik sekolah jadi murung.
“Kalau tak tukar kelas macam mana, penyudahnya aku pergi buat laporan polis cyber bully apa semua lagi besar jadi. “
Wanita ini juga sempat memaklumkan ibu kepada anak buahnya itu juga telah menghantar mesej kepada ibu yang dipercayai membuli namun maklum balas yang diterima sangat tidak membantu dan tetap ingin ‘menang’ kan anaknya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen akui budak-budak zaman sekarang seolah-olah tidak tahu menjaga adab gara-gara taksub melihat perkara yang tidak sepatutnya di media sosial.
Netizen juga sempat mengatakan bahawa anak merupakan cerminan ibu bapa dan cara didikan yang diterima di rumah. Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Perkongsian yang tular: