Dapat kita lihat, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah sekian lamanya terperap di rumah dek kerana perintah kawalan pergerakkan (PKP) dilaksanakan.
Macam biasa, pelbagai ‘drama’ dan gelagat anak-anak yang dapat kita lihat di hari pertama persekolahan.
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar tahun 1 balik ke rumah dengan perasaan sayu dan enggan ke sekolah lagi gara-gara dibuli mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuh video yang dimuat naikoleh seorang pengguna TikTok @cintaaini96, difahamkan anaknya yang pada mulanya sangat bersemangat untuk ke sekolah akhirnya pulang dengan perasaan hampa setelah diejek dan dimaki hamun oleh rakan-rakannya oleh kerana warna kulit yang gelap.
“sedih hati seorang ibu bila anak semangat nak pi sekolah tiba-tiba balik mengadu macam-macam sampai tak mahu pergi sekolah dah..”
“dia balik sekolah bagitau kawan2 tak mau kawan dengan dia depa kata dia hitam, siap pakej maki dan carut2 kan dia..tak apalah kakak biar lah kawan tak mahu kawan dengan kakak, kata kakak macam2, ibu doakan semoga kakak berjaya dunia dan akhirat”
“kakak buktikan yang suatu hari nanti kakak lebih berjaya dari kawan2 kakak..ibu abah sayang kakak” ujar ibunya.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 224.1K tontonan, 12.8K tanda suka dan 295 perkongsian bagaimana pun setakat ini ruangan komen ditutup bagi mengelakkan wujudnya komen negatif.