Connect with us

Viral

Tiba-tiba Dimaki Makcik, Wanita Bengang Dituduh Pakai Baju Gambar Syaitan

Semestinya kita akan rasa bersyukur jika ada yang menegur kesilapan kita supaya daat kita ubah dan menjadi manusia yang lebih baik namun terkadang cara seseorang menegur kita nyata tidak beradab dan tidak sopan membuatkan kita berasa tidak selesa apatah lagi jika dia merupakan ‘stranger’.

Dalam Islam sendiri mengajar kita untuk menyemaikan adab dalam menegur agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak kerana yang menegur ini juga akan ditegur suatu hari nanti.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita telah diserang secara tiba-tiba oleh seorang makcik yang tidak dikenali mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @farizjefri, dapat dilihat wanita itu telah ‘diceramahkan’ oleh makcik bermulut puaka ketika sedang menaiki eskalator.

Difahamkan, makcik berkenaan tiba-tiba berangin kerana mengatakan dia memakai baju wajah syaitan sedangkan gambar di bajunya adalah wajah harimau kumbang.

Bahkan melalui gambar yang disertakan, wanita tersebut memberitahu yang dia hanya memakai pakaian normal dan tidak pula terlalu menjolok mata sehingga mengganggu pandangan mata orang lain.

Mungkin niat makcik tersebut baik ingin menegurnya namun wanita ini berasa geram dengan cara kasarnya dan wanita ini bertindak untuk menjawab semula ‘perlian’ makcik berkenaan dengan memintanya tidak campur tangan dalam urusan orang lain.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengakui bahawa ‘makcik puka’ seperti itu sememangnya wujud dan suka menegur orang lain dengan cara yang kasar dan sangat biadap.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dimana dituduh oleh orang yang tidak dikenali secara tidak beradab dan tidak menjaga hati serta sensitiviti orang lain.

Berikut merupakan reaksi warga maya tentang isu tersebut:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.