Connect with us

Viral

Diminta Buka Mask Untuk Bergambar, Mak Mentua Gabra Pergi Cabut Semula Cincin

Majlis pertunangan secara umum disambut dengan lebih meriah berbanding merisik. Inilah masanya kedua-dua belah pihak berkenalan antara satu sama lain dan berbincang tentang persiapan perkahwinan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah tarikh akad nikah, bersanding dan bertandang serta nilai wang hantaran.

Bak kata orang, one step closer gitu! hehehe

Namun lain pula jadinya dengan sebuah kiah yang tular memaparkan gelagat mak mertua ketika di majlis pertunangan mecuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya majlis pertunangan di sebuah rumah.

Macam biasa, ibu mertua akan berada di sebelah bakal menantunya di atas pelamin untuk menyarungkan sebentuk cincin.

Namun, usai sahaja dia menyarungkan cincin, photographer meminta ibu mertuanya itu untuk membuka facemask nya seketika kerana ingin bergambar untuk dijadikan kenangan.

Tetapi kerana terlalu panik, wanita itu secara spontan menanggalkan kembali cincin yang disarungkan ke jari manis bakal menantunya itu dan melakukannya semula.

Berderau darah bakal menantu bila bakal mak mertua selamba tanggalkan cincin yang disarung! hehehe

Video yang tular di TikTok:

@farishabalqis19 Boleh pulak dh sarung cincin lepastu cabut balik 🤣 aaaaaa sho cute lah my future mother in law 🙈#fyp #engaged ♬ Oh No – Kreepa

@farishabalqis19 Reply to @arabellaz ♬ Beautiful in White – 2romance

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telahmeraih 227.4K tontonan, 4047 tanda suka, 33 komen dan 39 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah mak mertua tersebut kerana dilihat nervous sehingga menanggalkan semua cincin yang disarung.

Namun dalam masa yang sama ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama.


Comel betul bakal mak mertua.. dia yang nervous lebih dari bakal menantu.. kikiki

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.