Connect with us

Viral

Dinoda Bergilir-gilir Akibat Tidak Jawab Call Teman Lelaki

Marah dengan sikap bekas kekasihnya yang tidak mahu menjawab panggilan telefon, seorang lelaki berusia 18 tahun bertindak merogol seorang gadis berusia 16 tahun itu di sebuah rumah di Sungai Lalang, Sungai Petani.

Kejadian berlaku jam lebih kurang 11 malam pada 11 Nov lalu di sebuah rumah di Taman Bandar Baru selepas mangsa dihubungi bekas kekasihnya untuk bertemu.

Sebaik bertemu, mangsa dibawa ke rumah milik rakan suspek dan suspek kemudian bertindak merogol mangsa secara bergilir bersama rakannya.

Selepas melakukan perbuatan keji itu, suspek menghantar mangsa pulang dan mangsa kemudian memberitahu kedua ibu bapanya tentang kejadian itu.

Ibu bapa mangsa kemudian membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala,  ACP Adzli Abu Shah mengesahkan menerima laporan tersebut.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bedong bertindak menahan dua suspek berusia 18 dan 19 tahun dalam serbuan berasingan di dua rumah dekat Bedong antara pukul 1 dan 2 pagi tadi.

Kedua-dua suspek kemudian direman mulai hari ini sehingga 20 Nov bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.