Nama Ryan Bakery tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ramai yang menggemari jenaka-jenaka yang dikemukan Ryan. Lawak bersahajanya mampu membawa penonton mengimbau ke zaman kanak-kanak!
Content creator yang terkenal di TikTok ini juga sering menggunakan loghat Perak dalam setiap video yang dimuat naiknya. Selain mewatakkan remaja sekolah dan anak kecil, bedak turut digunakan sebagai alat pembantu dalam menghasilkan karyanya yang tersendiri.
Namun sudah menjadi lumrah kehidupan, semakin ramai orang suka, semakin ramai juga ‘haters‘ yang cuba menjatuhkan semangat. Seperti yang berlaku baru-baru ini, Ryan diperli oleh sebuah media akhbar terkenal.
Media tersebut tampil dengan komik ringkas yang mengemukakan isu cara ingin terkenal dulu-dulu berbanding zaman sekarang. Walaupun tidak menyebut nama lelaki itu tetapi orang ramai tahu komik itu dituju kepada Ryan dengan lukisan sebotol bedak dan anak patung di situ.
Komik itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen lebih-lebih lagi peminat Ryan. Rata-ratanya mempertahankan Ryan kerana menurut mereka lawak-lawak Ryan segar dan kreatif, malah tidak pernah melukakan hati sesiapa.
Namun, dalam pada segelintir yang berasa media akhbar itu dengki dengan kejayaan Ryan, ada juga yang memandang komik itu sebagai gurauan dan meminta agar orang ramai tidak terlalu serius mengenainya.
Selain itu, netizen juga berharap agar pihak akhbar itu move on dari zaman dahulu seperti yang dikatakan di dalam komik. Kata netizen, zaman sudah berubah, cara untuk menjadi terkenal juga sudah berbeza.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Hantaran yang tular di laman Facebook dan Twitter