Connect with us

Viral

“Diploma takde, SPM buat apa?” Gadis Kecewa Family Kekasih Pandang Rendah

Bagi mereka yang menjalinkan hubungan percintaan sudah pasti menginginkan hubungan tersebut kekal sehingga dapat mengikat pertalian halal dan membina mahligai bersama.

Pun begitu, tidak semua daripada kita dapat mengecapi pekara itu ekoran ada yang putus di tengah jalan dan ada juga yang tergantung namun tak bertali. Siapa lah kita hendak menidakkan takdir jika sudah tertulis dia bukan jodoh kita.

Sama juga dngan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis sedih apabila ibu kepada kekasihnya seolah-olah memandang rendah terhadap tahap pendidikan yang dimiliki mencuri perhatian ramai.


“Siapa yang pernah kena je tahu sakit dia macam mana”- katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi seuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nraliisya_, difahamkan dirinya itu bukan merupakan seseorang yang mampu menepati ‘citarasa’ ibu teman lelakinya itu.

Perkara tersebut terjadi susulan gadis berusia 19 tahun itu diajak kekasihnya ke majlis kenduri yang berlangsung di rumah lelaki tersebut sebelum berlaku situasi sedih itu.

“Dah sampai, tiba-tiba keluarga dia cakap. Tak setaraf la dengan keluarga kita. Takde la cantik mana, diploma pun takde. SPM buat apa,” luahnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@nraliisya_Siapa yang pernah kena je tahu sakit dia mcm mana 😪

♬ suara asli – rafaaldiansyah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 454.6K tontonan, 56.3K tanda suka, 1484 komen dan 1336 perkongsian di applikasi TikTok .

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut kerana masih ada orang di dalam dunia ini yang menjadikan taraf pendidikan seseorang sebagai kayu ukur untuk dijadikan menantu mahupun pasangan hidup.

Bahkan warganet juga berang dengan sikap sesetengah individu yang seolah-olah tidak berfikir sebelum berkata-kata yang menyebabkan orang lain terasa hati.

Malah dalam masa yang sama para netizen juga mendoakan wanita ini agar bertemu jodoh yang jauh lebih baik daripada yang sedia ada dan berharap agar terus kuat dengan segala kata-kata manusia yang mampu membuatkan kita berasa sedih.

Antara komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.