Dalam zaman moden macam sekarang ni jangan rasa pelik kalau kejadian pukau masih berlaku pada seseorang.
Bagi yang tak tahu, pukau itu hilang akal buat seketika, bingung atau terdiam atau tidak dapat melakukan sesuatu dengan fikiran yang waras.
Sebenarnya pukau boleh digunakan untuk dua perkara iaitu baik dan jahat. Pukau cara baik biasanya digunakan untuk tujuan perubatan.
Manakala cara jahat pula biasanya digunakan untuk perkara seperti merompak, membunuh, merogol dan lain-lain yang bersifat jahat.
Baru-baru ini tular di negara jiran kita iaitu Indonesia di mana sebuah keluarga telah hampir dirompak oleh kerana tidak sedar dengan kehadiran perompak berkenaan!
Keluarga itu difahamkan telah dipukau oleh perompak sehingga perompak dapat masuk ke rumah mangsa dengan sewenang-wenangnya.
Pun begitu, niat jahat perompak terbantut setelah seorang budak perempuan di situ membawa masuk seekor kucing berwarna oren ke dalam rumah.
Pukaunya tadi secara tidak langsung terputus dan mengakibatkan semua orang dalam rumah tersebut tersedar dan cepat-cepat selamatkan diri.
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha tuan rumah kerana peka dengan keselamatan rumah dengan memasang CCTV di setiap penjuru rumah.
Selain itu, ada juga netizen yang menjelaskan keluarga tersebut sudah dipukau namun pukau tersebut terbatal dengan adanya kucing yang dibawa oleh seorang budak perempuan.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Lelaki yg bawak kayu tu perompak. Tapi semua dah kene pukau. Bila adik tu bawak masuk kucing pukau pun putus”
“rumah ada cctv..kelas kau jah”
“Adik yang bawak kucing tu membantu🤺”
“semestinya oyen penyelamat,oyen always win💅🏻”
“faham bila tgk 2nd vid..kes pencuri pukau..bila pencuri masuk pakai pukau..kucing xde dlm umah..sbb salah satu pantang pukau..x boleh ada haiwan-”
“Rumah Kampung mcm ni pun ada cctv ehh.. rumah kampung citarasa Banglo 😁”