Bagi mereka yang berada di ‘alam’ permotoran sememangnya gemar untuk melakukan aktiviti berkonvoi dan ride secara berkumpulan ke satu tempat tumpuan ramai.
Tidak kiralah daripada jenis motor ‘kapcai’ sehinggalah motor berkuasa tinggi (superbike), pastinya akan ada group sendiri untuk melakukan konvoi.
Bagaimana pun, banyak juga kita baca di media sosial dimana ada sebilangan yang menghadiri event ‘konvoi’ ini terlibat dalam kemalangan malah ada juga sehingga meragut nyawa.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana sebuah motorsikal berkuasa tinggi tersepit pada sebuah kereta mencuri perhatian ramai.
Menerusi video dashcam yang tular, dapat kita lihat kelihatan sekumpulan konvoi superbike sedang memecut di antara kenderaan-kenderaan lain.
Majoriti peserta konvoi itu sudah berada di laluan paling kiri sekali untuk membelok susur keluar ke arah USJ/Subang Jaya, namun ada sebuah superbike yang memotong di sebelah kanan sudah ‘terpisah’ daripada ahli konvoi yang lain.
Namun, apa yang mengejutkan adalah superbike itu tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan kereta tersebut merempuhnya daripada belakang.
Dapat juga kita lihat, Kereta itu melompat-lompat namun penunggang itu kelihatan masih steady duduk di atas motosikalnya walaupun sudah tersekat dibahagian kereta berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan pemandu motorsikal tersebut yang tiba-tiba berhenti mengejut.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan, kemalangan mungkin tidak akan berlaku jika penunggang superbike itu meneruskan perjalanannya.
Antara komen warga maya:
“Apasal gi brake depan kereta pulakk.. mujur tak masuk bawah kereta terus..”
“Bila tersalah jalan seboleh boleh nak patah balik, kalau bodoh jangan la sampai membahayakan orang dan menyusahkan orang”
“Boleh pulak dia brake tengah highway.. mujur tak dicium lori.. dudlu kecik kecik makan semut”
Video yang tular di laman Facebook: