Setiap hari pasti ada sahaja isu dikalangan para artis, oleh kerana mereka ini adalah golongan yang sering mendapat perhatian netizen.
Baru-baru ini Azwan Ali telah menfailkan kes saman sebanyak RM5 Juta terhadap seorang artis dan mendakwa dirinya difitnah.
Artis berkenaan iaitu Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin tampil ke Balai Polis Traver Kuala Lumpur untuk membuat keterangan berkenaan kes tersebut.
“Saya datang ke balai hari ini untuk memberi kerjasama dan melancarkan siasatan. Kemudian kita tengok proses seterusnya,” ujarnya di hadapan balai polis.
Dinasihatkan peguam untuk tidak memberi terlalu banyak kenyataan, Che Ta bagaimanapun mengaku lebih suka memilih jalan damai daripada bermusuhan berpanjangan.
Che ta juga berkata dia telah memadam posting tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mahu berbaik kerana mereka di dalam industri yang sama.
Namun tafsirannya salah apabila Azwan Ali telah mengemukakan saman terhadapnya.
“Saya delete posting saya selepas itu kerana waktu tersebut tengah marah.
“Sebenarnya kalau tengok pergerakan saya, saya tak nak benda ni panjang.
“Saya tak buat report polis, tak ambil juga tindakan saman.
“Kita ni manusia. Nabi pun ampunkan orang caci maki baginda.
“Dia pun dalam industri yang sama. Tak perlu musuh.
“Kenapa nak buat musuh. Tak berbaik pun tak mengapa janji jangan bermusuh,” katanya lagi.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta turut mengakui dia memang mempunyai perselisihan faham dengan Azwan Ali di media sosial namun mereka tidak pernah bergaduh.
Biarpun begitu Che ta berkata dia ingin menyelesaikan masalah ini secara baik namun dia terima sekiranya Azwan Ali tetap mahu meneruskan saman terhadpa dirinya.
“Okay saya follow. Tapi takkan nak terus bagi.
“Kita ada undang-undang, jadi kita teruskan cara undang-undang”, katanya.
Beliau ditanya tentang mengeluarkan saman balas bagi pihaknya namun dia berkata dia akan mengikut proses undang-undang.
“We will see. Follow saja proses,” katanya ringkas.
Kekecohan ini berlaku kerana sebelum ini Azwan Ali telah memuat naik satu posting yang menggunakan gambar artis berkenaan dengan kapsyen yang dikatakan agak keterlaluan.
Posting tersebut telah menyinggung hati Che Ta namun katanya rakan artis tidak perlulah melenting dan memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat, Azwan menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya adalah berunsur fitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni.
Dia bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada Che Ta yang mewakili lima juta pengikut Instagram Che Ta.