Bagi yang ingin bercuti di luar negeri terutamanya tempat tumpuan pelancong luar dinasihatkan agar memeriksa dahulu kandungan yang ada di dalam makanan atau minuman yang dihidangkan.
Restoran yang menjadi tumpuan pelancong sering menghidangkan makanan tidak halal jadi tidak hairanlah jika kita pun ditawarkan makanan sedemikian. Nak nak lagi bagi mereka yang berwajah campuran.
Persis seperti yang terjadi kepada seorang pengasas kosmetik Noir iaitu Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri di Langkawi. Beberapa hari lepas tular sebuah video memaparkan wanita jelita ini dijamu cocktail.
Seperti yang semua tahu, cocktails memang mengandungi alkohol. Namun cocktails ini ada juga versi halalnya yang dipanggil mocktails.
Dengan riak muka terkejut, dia menolak secara baik minuman yang diberikan oleh seorang pelayan lelaki dan meminta untuk pelayan tersebut menukar air minumannya.
Sebelum itu, dia ada menanyakan kepada pelayan jika minuman yang diberi mengandungi alkohol kerana pada awalnya dia telah menegaskan dia dan keluarganya beragama Islam.
Kata Madammu di dalam video tersebut, mujur dia bertanya dahulu kalau tidak memang tak pasal-pasal terminum alkohol!
Tambahnya lagi mentang-mentang wajahnya nampak seperti wanita Thailand, pelayan di situ selamba menghidangkan cocktails kepadanya.
Selain itu, tindakan Madammu dipuji ramai kerana dia menasihati pelayan agar tidak menjamu air berkenaan kepada pelancong beragama Islam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata geli hati dengan Madammu. Malah loghat English yang bercampur dengan dialek Terengganu menjadi tumpuan ramai!
Dalam pada itu Madammu dipuji kerana cakna dengan halal haram makanan yang diambilnya.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Mentang2 i nmpk mcm thailand u bg i koktei 😂”
“Bagusnyaa😭 keep it girls”
“Madammu kecek English slang Besut 😅”
“madam ni tak pernah tak comel 😂”
“comel juga.. cheng cheng”
“Don’t make my blood go upstairs hah! 😂”
“cocktails with alcohol, MOCHTAILS no alcohol”
Setakat ini, video yang dimuat naik oleh mirazul_noir di TikTok pada dua hari lepas telah berjaya meraih tontonan sebanyak 136.9 ribu dan mendapat 3388 tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok