Angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri Dr. Halina baru-baru ini sebelum ini telah selamat menimang kembar cahaya mata kelima dan keenam.
Dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkata, pasangan kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan di Pusat Perubatan Sunway.
Dr Sheikh Muszaphar berkata, bayi kembar berkenaan masing-masing dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 9.47 pagi dan 9.48 pagi.
“Bayi lelaki yang dilahirkan pada jam 9.47 pagi itu dengan berat 2.26 kilogram (kg), manakala bayi perempuan dengan berat 2.17 kg.
“(Muka) Kedua-dua kembar ini dilihat sama seperti anak kami yang lain, namun terlalu awal untuk mengetahui.
“Tiada tidur untuk Dr Halina (isteri beliau, Datin Dr Halina Mohd Yunos) kerana beliau perlu menyusukan pasangan kembar setiap dua jam,” katanya dalam perkongsian berkenaan.
Lebih menarik lagi, bayi berkenaan merupakan kembar yang berlainan jantina dan diberi nama Eusoff dan Emelia.
Terbaru, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk mengadakan sesi photoshoot untuk kedua bayi tersebut bagi diabadikan sebagai kenangan.
Pasangan tersebut telah memilih sebuah syarikat untuk mengendalikan kerja-kerja berkenaan selain memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka.
Namun, terdapat perkara lucu telah terjadi semasa sesi penggembaran tersebut dijalankan.
Tertukar baby
Kisah tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jurugambar yang mengendalikan laman Instagram newborn.heartshotfocus.
“Masa ni team kitorang dah atur pose baby. Time ni team masih belum tahu lagi baby bertukar,” tulisnya.
Menyedari tidak sengaja tertukar aksesori yang digayakan, mereka sempat memohon maaf dan mengakui kedua-duanya tampak comel walaupun berlainan jantina.
“Sorry Eusoff dan Emelia, aunty dan uncle tersilap but both of you look so cute,” jelas mereka
Menurut mereka lagi, perkara itu disedari ketika Emelia mahu menyusu sambil Eusoff mengambil peluang untuk rehat dan tidur.
Bagaimanapun, perkara yang terjadi itu langsung tidak mematahkan semangat dan melelahkan mereka untuk mengambir gambar semula.
“Time ni baru tahu tertukar baby sebab Emelia nak susu jadi Eusoff nak rehat dulu.”
“Reshoot semula, ini baru betul, baby sangat tenang.”
Setelah beberapa ketika, akhirnya dapat juga mereka hasilkan foto yang sangat comel ini.
Dr Sheikh Muszaphar menyatakan, ini bukanlah pengalaman pertama buat mereka untuk menjaga bayi kembar kerana sebelum ini sudah merasainya ketika kelahiran anak ketiga dan keempat sebelum ini.
“Kami dah lalui pengalaman sebegini sebelum ini, kembar akan lapar dalam masa yang sama, waktu tidur yang sama dan enggan berpisah.
“Mereka hanya (mahu) tidur jika bersama, itulah keindahan pasangan kembar,” katanya.
Sementara itu, dalam perkongsian lain di laman Instagram, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi video pasangan kembar itu selepas beberapa minit baru dilahirkan dan masih disaluti dengan vernix.
“(Vernix) itulah yang memberikan bau yang menyenangkan kepada semua bayi yang baru dilahirkan.
“Sudah dua hari kami berada di hospital dan kami cuba menyentuh kulit kembar sebanyak mungkin kerana ini adalah masa kritikal merangsang perkembangan deria suara dan sentuhan kita.
“Sebilangan besar bapa tidak terbabit sama dalam masa berharga ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pasangan.
“Seharusnya si bapa ada pada masa berharga ketika ini seperti memujuk, menukar lampin dan pelbagai lagi supaya anak merasakan kehadiran orang tersayang serta akan memberi manfaat pada masa jangka panjang,” katanya.