Connect with us

Viral

Ditanya Isu Wang Dana Yang Hilang, Pegawai Nigeria Pura-Pura Pengsan Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja yang tak takut apabila sudah buat salah bukan? Pun begitu, kita perlulah berani ‘hadap’ kesalahan tersebut bukannya seperti kisah yang tular baru-baru ini.

Seorang pegawai kerajaan di Nigeria menjadi bahan ketawa di media sosial apabila dia berpura-pura pengsan semasa ditanya tentang isu dana yang hilang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat, pegawai kerajaan Nigeria, Daniel Pondei yang merupakan Pengarah Urusan Pembangunan Delta Niger (NDDC) sedang berada di dalam sidang parlimen yang dianjurkan.

Pun begitu, dia mengalami kesukaran untuk menjawab soalan tentang dana yang hilang.

Dituduh menyalahgunakan dana kerajaan yang diperuntukkan untuk tugas pembangunan, dia bagaimana pun terus berpura-pura pengsan dan situasi tersebut membuatkan warganet tidak kering gusi dibuatnya.

Dapat kita lihat, pegawai kerajaan itu pura-pura pengsan dengan mata tebeliak sekaligus membuatkan ahli jawatan kuasa yang lain panik dan memberikan bantuan kecemasan.

Disebabkan isu tersebut, sesi sidang parlimen ditamatkan lebih awal daripada masa sepatutnya dan dia terlepas daripada menjawab soalan ‘panas’ itu.

Difahamkan, pada awalnya ramai yang menyangka dia benar-benar pengsan gara-gara tertekan dengan soalan yang diajukan berkaitan dengan dana.

Mengulas lanjut, Daniel dituduh menyalahgunakan dana sebanyak 152 juta Ksh yang diperuntukkan untuk pembangunan di negara itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagatnya yang pura-pura pengsan demi melarikan diri daripada menjawab soalan tersebut.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.