Connect with us

Selebriti

Ditegur Muka Semakin Berkedut, Rozita Che Wan Akui Sudah Berusia

Sering kita dengar segelintir wanita yang ingin kekal cantik dan nampak muda mesti menggunakan kaedah atau teknologi untuk kekal muda. Contoh seperti kaedah botoks, ia boleh membantu seseorang individu itu mengurangkan penampakkan garis halus dan kedutan. Walaupun begitu, kaedah seperti ini mengambil kos yang sanggat tinggi menyebabkan orang ramai lebih memilih menggunakan kaeadah semulajadi.

Pun begitu, sama juga dengan pelakon Rozita Che Wan ini walaupun semakin mencecah umur 50-an namun masih kekal cantik dan sihat.

Baru-baru ini terdapat sebuah video yang tular di platform media sosial berkenaan pelakon jelita kelahiran kedah Rozita binti Abu Bakar atau lebih mesra disapa dengan panggila Che Ta ini berkenaan solekan di wajahnya yang sudah mula berkedut dan menampakkan garis penuaan.

Memetik laporan Harian Metro, Rozita Che Wan mengakui dia memang sudah berusia dan selalu berpegang kepada prinsip tidak menggunakan kaedah seperti botoks untuk kekal muda.


Lumrah kehidupan apabila semakin menghampiri usia separuh abad ini dia harus menerima realiti. Rozita Che Wan juga meminta pendapat suaminya berkenaan dengan perkara sebegini.

“Setiap orang akan tua, jadi lebih baik saya meniti hari tua dengan proses semula jadi. Tidak perlu menyuntik botoks dan sebagainya. Bukan apa, setiap manusia akan tiba ajalnya, saya tidak mahu tubuh tidak diterima tanah pula.

“Pastinya saya mengetahui hukum hakam dan lebih selesa dengan paras rupa semula jadi begini. Malah, saya juga turut meminta pendapat Zain (suami) mengenai perkara ini.

“Nasihatnya, mana lebih perlu dititik beratkan? kecantikan atau kesihatan? Saya tidak mahu buah pinggang rosak akibat menyuntik vitamin bagi memutihkan kulit dan sebagainya” katanya.

Ujar Rozita, sebagai seseorang individu yang bekerja dalam industri seni ini dia lebih memilih untuk semakin berusia tapi kesihatan dirinya terjaga. Malah, dia seboleh-bolehnya ingin untuk tidak terlalu mengejar dunia glamour.

“Setiap individu mempunyai pendapat dan prinsip tersendiri. Jadi saya memilih pendekatan sebegini setelah menitik beratkan pelbagai aspek.”

“Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tetapi Insya-Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh” tambahnya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.