Connect with us

Viral

Ditemui Di Tapak Pelupusan Sampah, Budak Ini Menangis Gara-Gara Tak Dapat Bantuan Buat Ramai Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana disaat kanak-kanak sebaya lain sedang bersuka ria menikmati kehidupan, ada serang kanak-kanak yang terbiar di tempat pelupusan sampah.

Memetik laporan mStar, aktivis kemasyarakatan, Muhammad Khadir Abd Jalil, 26 berkata kanak-kanak perempuan itu ditemui ketika pasukannya menyantuni golongan miskin yang tinggal di kawasan Batu 8, Sandakan di Sabah, pada Ahad lalu.

“Kami pergi ke pusat pelupusan sampah di Batu 8 untuk memberikan bantuan pakaian raya dan makanan. Di kawasan itu memang ada rumah. Ini juga bukanlah kunjungan pertama. Biasanya kami ke sana setiap minggu pada Jumaat atau Ahad untuk bagi makanan.”

“Tapi pada hari tersebut, pertama kali kami jumpa kanak-kanak berkenaan. Usianya mungkin dalam lingkungan lima tahun. Kami tanya mana bapa, mana mama? Dia kata tiada… Dia menangis di tepi kereta, sedih teresak-esak nangis tanpa suara, dia mengelap air mata.”

“Dia kata dia tak dapat bantuan. Budak-budak lain semua sibuk bermain bola, hanya dia seorang saja berdiri di situ, jauh dari kawan-kawannya.”

“Bayangkan tubuh sekecil ini biasanya hanya tahu bermain, tapi dia tidak. Dia berada di tempat yang dikelilingi sampah, ikut mencari duit dan sudah tahu apa itu perkataan bantuan,” imbasnya.

Pemuda yang lebih mesra disapa Wan ini juga akui terkesima dengan tahap pemikiran kanak-kanak itu yang bercakap seperti orang dewasa ketika ditemui pasukannya.

“Kami dah selalu jumpa kanak-kanak dalam program sebelum ini, tapi ini pertama kali jumpa kanak-kanak yang ada pemahaman macam orang dewasa. Dia boleh berfikir mengenai bantuan.”

“Kebetulan hari tu kami bawa baju raya untuk orang dewasa saja. Insya-Allah Jumaat depan kami akan ke sana lagi, kami akan bawa baju raya untuk adik tu dan kanak-kanak lain.”

“Insya-Allah kami memang nak pergi cari dia lagi, hari tu masa tak mencukupi untuk bertanya lanjut,” ujar Wan yang turut menyediakan khidmat kereta percuma untuk menghantar orang sakit ke hospital di sekitar Sandakan.

“Saya sebenarnya tak nak kongsi kisah ini. Tapi saya jadi teringat kepada adik tu selepas tengok budak-budak bermain di masjid selepas habis tarawih.”

“Bila saya kongsikan di Facebook, Alhamdulillah ada beberapa individu dah hubungi, mereka nak bagi baju raya kepada adik tu,” ujar Wan lagi.

Perkongsian diapplikasi Facebook.


Selain khidmat kereta percuma ke hospital, Wan dan pasukannya turut menyediakan khidmat bot percuma bagi menghantar kanak-kanak ke sekolah di daerah tersebut.

Pada masa sama, pasukannya turut menawarkan kelas mengaji al-Quran secara percuma buat kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan di sekitar Sandakan.

Pada 10 malam terakhir Ramadan, pasukan kebajikan Wan akan melakukan program Singgah Sahur untuk menyalurkan makanan percuma buat penduduk setinggan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.