Setiap anak yang baru lahir sudah pastinya memerlukan kasih sayang daripada kedua orang ibu bapanya
Namun apakan daya. Tak semua daripada kita bernasib baik dapat merasai kasih sayang daripada orang tua sendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh bapa tunggal ini yang mengambil alih tugas seorang ibu sejak anak perempuannya lahir lagi.
Menurut lelaki bernama Kadir Jailani ini, anaknya Hanan Syafia telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya sendiri yang juga isteri kepada Kadir sejak kanak-kanak perempuan itu masih bayi lagi.
Walaupun sukar, Kadir dan anaknya tetap meneruskan kehidupan mereka tanpa seorang ibu. Perkongsian Kadir juga telah meraih simpati ramai pengguna TikTok.
Iya lah, bukan mudah nak membesarkan anak kecil seorang diri tanpa bantuan daripada pasangan.
Bukan sahaja ambil alih tugas ibu, perhatian juga perlu diberi dengan secukupnya agar kanak-kanak perempuan itu membesar dengan penuh kasih sayang.
Kadir juga mengaku lebih bahagia walaupun hidup berdua sahaja bersama anaknya Hanan.
Sejak video tersebut dikongsi, ianya berjaya mengumpul tontonan sebanyak 162.2 ribu dan 12.6 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji ketabahan Kadir dalam membesarkan anaknya seorang diri. Malah netizen menitipkan pesan agar lelaki itu menjaga anaknya dengan baik.
Berikut antara komen-komen positif yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Assalamualaikum…. memang anak tu hak ko bro…. jagalah kurnia dan amanah Allah itu dgn sempurna….harta yang tiada nilainya tu..”
“jarang tau ada lelaki nak bela anak waktu muda gini . da tua baru sebok nak cari . tp apa pun semoga ada kebahagian berpihak pd baby comel nie 🥰🥰🥰”
“mcm mana ya.. perasaan ibu yg melahirkan tanak anak? sedih tgk baby… moga awak membesar dgn sihat dan kuat ya baby syg”
“Cmelnya….Jaga amanah allah leklok ye”