Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mempunyai impian menimang cahaya mata.
Ramai yang berpendapat kehadiran cahaya mata dalam rumahtannga sebagai penyeri mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri.
Tinggalkan bayi 4 bulan sendirian di rumah
Namun begitu, satu kejadian yang berlaku di Kaherah apabila seorang bayi berusia 4 bulan di Mesir dilaporkan maut akibat kelaparan.
Difahamkan, kejadian ini berlaku selepas ibu bapanya meninggalkannya sendirian di rumah ekoran daripada perselisihan faham yang terjadi di antara mereka.
Bapa bayi tiada dirumah kerana keluar bekerja
Bapa bayi yang berusia empat bulan itu memberitahu kepada pihak polis bahawa dia tiada di rumah selama beberapa hari kerana bekerja.
Menerusi laporan media tempatan, ketika dia pulang ke rumahnya, dia mendapati bahawa bayi itu telah meninggal dunia.
Isterinya dituduh cuai sehingga menyebabkan kematian
Memetik laporan Gulf News, bapa kepada bayi berkenaan telah menuduh isterinya itu cuai sehingga menyebabkan kematian.
Hail siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati bahawa perbalahan yang besar diantara lelaki tersebut dan isterinya telah berlaku pada awal bulan ini.
Isterinya telah lari ke rumah keluarganya dan bayi itu keseorangan dirumah
Ekoran dari perselisihan faham pasangan ini, isterinya itu telah bertindak lari ke rumah keluarganya.
Sementara itu, ayah bayi terbabit pula dilaporkan keluar bekerja selama empat hari meninggalkan bayi tersebut berseorangan di rumah.
Pasangan ini ditahan untuk siasatan
Susulan dari kejadian itu, kedua-dua pasangan itu kini telah ditangkap dan ditahan sementara siasatan selesai dijalankan.
Tindakan mereka berdua itu telah mendapat kritikan yang hebat daripada banyak pihak serta telah mencetuskan kemarahan rakyat di negara tersebut.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan contoh kepada kita semua. Diharap kita semua bertanggungjawab memikul dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya.