Connect with us

Viral

Ditipu Ratusan Ribu Ringgit, Ryan Akui Serik Jawab Panggilan & Susah Percaya Orang

Siapa tidak kenal dengan Muhammad Ryan Fahmi Bakery,27 atau lebih dikenali sebagai Ryan Bakeri yang semakin hari semakin menjadi sebutan ramai.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, TikTokers paling berpengaruh setakat ini bukan sahaja lucu malah memiliki sikap yang sangat ‘humble’.

Bermula mencipta nama dengan membuat video parodi menggamit kenangan berkenaan dengan zaman ‘childhood’ yang generasi lahir tahun 80-an dan 90-an boleh relate, kini sudah menjadi icon BubbleBee dan secara rasminya memiliki francais BubbleBee.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ryan mendedahkan bahawa dia pernah kerugian ratusan ribu ringgit kerana ditipu oleh klien produk berbayar yang dilakukan di media sosial Instagram dan TikTok.

“Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit. Rasanya hampir ratusan ribu juga saya rugi apabila video sudah siap tapi pengasas produk cabut lari. Ada juga yang buat pembayaran lambat.”


Difahamkan dia tidak mendapat wang seperti yang dijanjikan namun memilih untuk tidak melakukan sebarang tindakan undang-undang kepada pihak terlibat.

“Bagaimanapun saya halalkan sahaja semua itu. Malas nak panjangkan cerita,” katanya

Disebabkan kejadian tersebut, kini Ryan akui sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada orang lain dan lebih berhati-hati.

Memetik laporan mSar, Ryan juga dilabel sombong gara-gara sukar mengambil mana-mana panggilan telefon yang asing dan tidak dikenali.

“Saya tahu ada yang kata saya ni sombong. Disebabkan pernah kena tipu saya susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan.”

“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa. Sekarang ini, saya sudah ada pihak pengurusan. Jadi apa sahaja berkaitan kerja biar mereka yang uruskan. Lebih mudah,” jelasnya.

Bercakap mengenai kerjaya, Ryan kini mula melebarkan sayap ke bidang lakonan dan bakal tampil dalam tiga buah filem.

Menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya influencer tidak layak diangkat menjadi pelakon, Ryan berkata ini peluang terbaik untuk dia menunjukkan bakat sebenar.

“Pengarah yang beri kepercayaan untuk saya berlakon. Apa salahnya mencuba. Inilah cara untuk saya kembangkan bakat.”

“Bermula dengan buat content di media sosial, kini diberi rezeki berlakon pula. Saya juga mahu buat ibu bapa bangga,” jelasnya.

Continue Reading
Advertisement