Nama Fezrul Khan bukanlah asing lagi dalam industri seni. Nama pelakon yang cukup berbakat ini kemudiannya semakin melonjak setelah berjya membawa satu watak dalam filem box office, Air Force The Movie Selagi Bernyawa.
Dalam perkembangan terbaharunya, selain sibuk dengan penggambaran, pelakon berumur 40 tahun ini juga sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perkebunan.
Bagaimanapun, Fezrul baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen setelah dia memuat naik video memegang seekor anjing, secara tidak langsung menimbulkan hairan ramai sama ada dia membela haiwan tersebut memandangkan video diambil di persekitaran rumahnya.
Selain itu, pelakon ini juga ada berkongsikan gambarnya yang dilihat berada di sebuah kebun sambil ditemani anjing jenis K9. Menurut Fezrul, menanam pokok memang sudah menjadi separuh daripada hobinya.
Fezrul turut akui mempunyai enam ekor anjing. Rupa-rupanya, anjing yang dibela Fezrul adalah untuk menjaga kebunnya. Dia melatih kesemua anjing tersebut demi keselamatannya ketika di kebun.
Jelasnya, dalam pada dia menanam pokok, dia juga perlu patuh kepada jadual kerja. Kadang kala dia terlepas untuk membaja pada siang hari, jadi dia perlu membaja pada waktu tengah malam.
“Di situ la fungsi anjing-anjing saya. Pernah baca pasal nenek dalam perut ular sawa? Orang yang tertimbus dalam runtuhan bangunan, anjing k9 yang selamatkan.
“Anjing adalah ciptaan Tuhan. Saya jaga anjing untuk keselamatan saya juga. Cuba duduk dalam hutan sorang, baru tau macam mana rasa.
“Pelacur bagi anjing kehausan pun masuk syurga. Jadi jangan suka-suka tuding jari orang ini masuk neraka atau syurga.”
Dua hari lepas, Fezrul memuat naik satu gambar di mana seekor anjingnya bernama Bobo mati diracun orang gara-gara busuk hati terhadapnya.
Malah di ruangan kapsyen, dia menegaskan anjing jenis K9 ada banyak kegunaan dan harganya jauh lebih mahal berbanding anjing-anjing yang lain.
Walaupun terkilan, Fezrul berharap agar perbuatan individu tersebut dibalas dengan setimpal oleh Allah SWT. Dia juga hanya mampu aminkan doa segelintir netizen yang menuduhnya ahli neraka kerana menurutnya syurga neraka bukanlah ditentukan oleh manusia.
Hantaran yang tular di laman Instagram