Connect with us

Semasa

Dituduh Buat Tuntutan Palsu, Pembantu Laut Nafi Dakwaan Tersebut

Sektor pekerjaan kini semakin bagus dalam menjaga dan memelihara kebajikan pekerjanya. Walau bagaimanapun, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebaikan yang telah diberikan.

Memetik laporan Kosmo, seorang kakitangan Jabatan Laut Malaysia telah didakwa menuntut palsu sebanyak RM 670.51, Mei dua tahun lalu.

Tertuduh kes tersebut, Hazreen Mohd., 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Pada pertuduhan pertama, tertuduh telah didakwa membuat tuntutan bayaran lebih masa sebanyak RM 359.41 untuk tugasan penjagaan Rumah Api Bukit Segenting, di Batu Pahat pada bulan April 2020.

Tertuduh menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia tidak melakukan perkara tersebut.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membuat tuntutan elaun perjalanan palsu berjumlah RM 311.10 pada bulan April 2020 bagi tugasan sama.

Tertuduh turut menafikan dakwaan yang dibacakan terhadapnya itu.

Difahamkan, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda atau RM 10,000, yang mana lebih tinggi, berdasarkan kedua-dua kesalahan yang disebutkan itu.

Ekoran itu, si tertuduh telah membuat rayuann kepada pihak mahkamah dengan menyatakan bahawa dia masih menanggung seorang isteri, tiga orang anak dan ibu yang sudah uzur.

“Selain turut menanggung hutang arwah ayah yang sudah meninggal dunia pada Mei lalu, saya juga kini digantung tugas dan hanya menerima separuh bulan gaji.

“Oleh itu saya memohon mahkamah memberikan jaminan berjumlah RM 2,000, kerana hanya itu yang saya mampu,” jelas tertuduh yang tidak diwakili mana-mana peguam.

Ahmad Kamal Arifin, Hakim kes terbabit menetapkan tertuduh akhirnya diberi jamin berjumlah RM 5,000 dengan seorang penjamin warganegara tempatan, selain pasport antarabangsa tertuduh perlu diserah kepada mahkamah.

Dalam pada itu, mahkamah juga menetapkan sebutan semula pada 29 September dan turut meminta tertuduh melantik seorang peguam untuk mewakili semasa perbicaraan.

Sekadar info, kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Ihsan Jalaludin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.