Setiap manusia mempunyai pegangan dan kepercayaan mereka tersendiri malah tidak kiralah agama apa sekalipun, ianya tetap mengajar kita untuk berbuat baik terhadap orang lain.
Pun begitu, pada masa kini masih ada segelintir individu yang seolah-olah tidak menghormati pegangan orang lain ataupun kepercayaan mereka terhadap sesuatu.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dikatakan telah membuang patung Dewa Ganesh yang diletakkan di luar rumah bagi tujuan hiasan mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Krishnamoorthy Vichu, dilihat seorang lelaki yang memegang tikar sejadah pada ketika itu sedang mengambil sebuah patung yang dipercayai Dewa Ganesh sebelum membuangnya ke dalam tong sampah berhampiran.
Susulan video itu, ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut terutamanya kaum hindu kerana lelaki tersebut seolah-olah tidak menghormati kepercayaan mereka.
Mengulas lanjut, pemilik patung berkenaan juga telahpun membuat aduan kepada pihak polis berdekatan dan perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow.
“Pihak polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berkenaan rakaman kejadian itu pada jam 4.30 petang, 15 Mei lalu. Kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi di hadapan rumah lelaki terbabit.”katanya.
Kini, pihak polis giat memburu lelaki berkenaan dalam satu kejadian di Taman Scientex, Senai, Johor.
Malah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
“Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.
Video yang tular di laman Facebook:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki ini kerana dianggap biadap dan tidak menghormati agama yang lain.
Berikut merupakan komen warga maya: