Connect with us

Selebriti

Dituduh Tumpang Kesenangan Anak Beli Vellfire, Ibu Alyssa Dezek Beri Penjelasan

Beberapa hari lepas kecoh mengenai penyanyi dan bintang Youtube, Aryanna Alyssa Dezek yang berjaya membeli kereta idaman ramai Toyota Vellfire pada usia 12 tahun.

Rentetan daripada itu, timbul dakwaan netizen yang mengatakan keluarga si cilik itu mempergunakan anaknya untuk membeli kereta mewah.

Di dalam satu laporan oleh mStar Online, ibu Alyssa iaitu Suzanne Dezek berkata anaknya yang membuat keputusan sendiri sekali gus memudahkan perjalanan ketika menjalani penggambaran.

“Bab rumah tu kita dah sediakan untuk Alyssa dan adik. Suami saya dah belikan. Simpanan pun memang ada untuk dia sambung belajar,” katanya.

Suzanne Dezek juga kecewa apabila segelintir netizen menyifatkan dia dan suaminya Hafidz Dezek sekadar menumpang kesenangan kanak-kanak tersebut.

Menurut Suzanne, suaminya yang memiliki kerjaya sebagai ketua jurutera kapal mampu sekiranya ingin membeli kereta berkenaan malah tidak perlu bergantung kepada pendapatan Alyssa.

“Sebab rata-rata netizen cakap saya dan suami yang nak pakai kereta tu. Padahal tu kehendak dia sendiri, mungkin mereka tak tahu ayah Alyssa bekerja sebagai ketua jurutera kapal. Ayah dia pun mampu,” luahnya.

Walau bagaimanapun, dia tidak mahu menyalahkan netizen yang tidak mengetahui latar belakang keluarga mereka selain mengambil kecaman dari sudut positif.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.