Connect with us

Viral

Diuji Saat Di Kemuncak Kejayaan, Lelaki Ditimpa Strok & Pembuluh Darah Pecah Rindu Nak Sihat Macam Dulu

Walaupun masih berusia muda, kesihatan mestilah dijaga dan tidak seharusnya diabaikan. Kesihatan dan tubuh badan ini semuanya pinjaman daripada Allah SWT dan harus dijaga dengan baik.

Namun siapa kita untuk menolak qada dan qadar Allah jika suatu hari ditakdirkan jatuh sakit?

Mungkin itu sebahagian daripada ujian hidup untuk kita daripada Allah bagi menaikkan darjat kita di sisiNya.

Seperti kisah yang dikongsi oleh lelaki ini. Dirinya diuji sewaktu di kemuncak kejayaan. Kisah hidup yang dimuat naik di TikTok oleh lelaki bernama Shahrul telah meraih simpati ramai.

Shahrul dikatakan seorang yang kuat bekerja. Lelaki yang berkelulusan SPM ini dikatakan melakukan pelbagai jenis pekerjaan selepas habis sekolah untuk menyara hidupnya sebelum bernikah dengan si isteri pada tahun 2016.

Beberapa tahun kemudian, pada tahun 2020, Shahrul menceburi bidang saham. Dia turut akui tahun tersebut seperti kemuncak baginya. Apa sahaja yang dia lakukan, mesti dipuji.

Namun siapa sangka pada Ogos tahun lalu Shahrul diberi ujian berat kerana terpaksa dikejarkan ke hospital akibat strok.

Walau bagaimanapun, Shahrul dan isterinya tidak putus semangat dengan keadaan yang menimpa.

Malah pasangan suami isteri ini sekarang sedang giat menceburi bidang perniagaan produk!

Menurut Shahrul lagi, perniagaannya setakat ini maju dan meminta orang ramai untuk mendoakan dia dan isteri berjaya dalam perniagaannya itu.

Pun begitu, Shahrul tidak dapat menyorok perasaan rindunya untuk menjadi sihat seperti dulu.

Shahrul turut berkongsi pernah menjalankan pembedahan otak kerana didapati pembuluh darah pecah.

Shahrul akur dengan cadangan doktor kerana bimbang akan mengalami strok semula jika tidak dibedah.

Video yang tular di laman TikTok

@shah_fxpApa pun org kata. Ku hadapi dgn redha..♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ

@shah_fxpBekelulusan atau tidak bukan penghalang untuk berjaya. Tuhan kata jadi, maka jadi ia..♬ Kepingan Hati – ST12

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan Sharul agar diberikan kesihatan yang baik.

Malah mereka turut berkongsi tip cara-cara untuk merawat penyakit strok.

Antara komen-komen netizen di TikTok

“syukur awak sbb msh blh bjln.. along sye hye baring Dan duduk je.. 😭 smoga awk dberi ksembuhan smula.. aminnnn..”

“Semoga diberikan kesembuhan buat awak ye dik . Aamiin ya Allah”


“allahuakbar… mk sy pn.. kne stroke.. xblh brjlan lgsong.. semoge awk cpt dik….”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.