Connect with us

Selebriti

Diusik Kak Lina Tentang ‘Bekas Kekasih’ Selepas Buat Persembahan, Shila Amzah Akui Tak Ambil Hati

Setiap minggu, program Gegar Vaganza sememangnya sering hangat diperkatakan oleh netizen di platform media sosial. Siapa yang menonton program ini pasti mengetahui tentang gurauan dan usikan-usikan ‘manja’ yang sering dilakukan oleh pengacaranya.

Sama juga dengan pengacara Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina PomPom ini telah mengusik penyanyi Shila Amzah dengan bekas teman rapatnya Sharnaaz Ahmad selepas selesai membuat persembahan malam tadi.

Memetik sumber, Shila Amzah mengatakan tidak ‘ambil hati’ dan mengambil serius dengan usikan tersebut kerana dia sentiasa bersedia dengan sebarang situasi malah menyifatkan perjalanannya dalam dunia seni banyak mematangkan diri.

“Ini showbiz… Saya sudah sampai di satu tahap kalau ditanya ketika usia saya 22 tahun mungkin saya macam… ‘kenapa ek?’. Tapi
sekarang kalau ditanya soalan sedemikian saya okay saja…”

“Alhamdulillah, saya semakin matang untuk kawal keadaan. Sebab itu saya cakap, saya membesar di hadapan lensa kamera…”

“Kadang benda tak elok yang saya pernah lakukan sebelum ini pun terlihat di mata orang juga. Bagi saya yang sudah terjadi biarkan berlalu…cuma kalau saya nak menyalahkan orang yang mungkin masih berkata atau ingat, untuk saya pergi pada mereka dan minta untuk melupakan, tak perlulah,” katanya.


Menurut penyanyi ini, dia memaklumkan tidak mengetahui tentang kehadiran Sharnaaz Ahmad yang berada di kerusi bahagian penonton sejurus diusik Kak Lina.

“Saya okay je. Lagi pun kita sayang Kak Lina. Bagi saya cara dia mengusik pun manja-manja. Mereka (Sharnaaz dan Elly) pun pernah meniadi hos bersama untuk sebuah program…”

“Cuma mujur juga Haji Nabil tiada, kalau tidak bukan di atas pentas saja, di belakang pentang pun dia mungkin akan sambung usik..” selorohnya.

Walau bagaimanapun, Shila menjelaskan dia tidak menolak dan sentiasa bersikap profesional sekiranya mendapat tawaran berkerjasama dengan pelakon lelaki tersebut namun dia lebih memilih untuk meneliti projek tersebut terlebih dahulu.

“la bergantung kepada apa projek tersebut. Bagaimana dengan naskhah, berbaloi atau sebaliknya. Sekiranya ada, saya tiada masalah untuk menelitinya terlebih dulu…sebab bimbang dan tidak mahu andai contoh saya terima tawaran tersebut, ia sebenarnya atas dasar mereka mahu menghidupkan sesuatu yang sudah tiada…”

“Atau mungkin mahu menggunakan situasi yang ada, itu tak seronoklah. Akhirnya nanti apa yang lebih terlihat ialah perkara yang sudah tidak ada itu. Kalau boleh, perkara sedemikian yang saya mahu elakkan,” ujarnya.

Continue Reading
Advertisement