Baru-baru ini tular tentang isu seorang ibu berasa penat setelah mempunyai cahaya mata malah tertekan dari segi mental dan fizikal kerana tiada masa untuk bersendiri.
Bercakap tentang perkara yang sama, seorang pemanggil di BuletinFM tampil meluahkan rasa rindu dengan kehidupan bujangnya.
Difahamkan dia harus menjaga anaknya seorang diri kerana suami bekerja jauh dan terpaksa PJJ.
Menerusi perbualan tersebut, dia merasakan lebih baik anaknya belum wujud di atas muka bumi ini namun dia menafikan dia menyesal mempunyai anak.
Dia juga berkata terkadang dia gembira dengan kehadiran zuriatnya namun dia tidak mampu mengawal cahaya matanya itu ketika meragam dan akhirnya menyebabkan dia tertekan.
Pun begitu, luahan tersebut membuatkan penyampai radio berasa terkejut kerana seorang ibu sanggup mengatakan sedemikian.
“Seriouslah awak sebagai ibu boleh fikir macam tu Nurul?” Ujar penyampai radio ini.
“Saya jujur eh Nurul saya terkejut bila ada seorang ibu yang selama ni kita kata ibu tu syurga di bawah telapak kakinya awak boleh berfikir macam awak menyesal dapat anak eh?” Tambahnya lagi
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak bersetuju dengan cara penyampai radio tersebut yang seperti menyalahkan Nurul sebagai seorang ibu.
Malah dalam masa yang sama, ada juga netizen yang terdiri daripada kaum hawa boleh ‘relate’ dengan apa yang berlaku pada Nurul dan berharap agar segala urusan wanita ini dipermudahkan.
Berikut merupakan komen warga maya:
“I think DJ ni kena belajar how to communicate with / handle callers.. you should be a good listener & try to control the situation not pre-judge”
“kita tak boleh judge orang lain kerana kita tak alaminya, saya rasa puan Nurul sangat berani untuk jujur tentang situasi dia”
“kesian akak ni.. dj radio pun tak membantu.. dia tak menyesal.. dia cuma burn out”