Negara kita memang sudah cukup biasa dengan bencana banjir yang melanda pada musim tengkujuh.
Tambahan pula sudah masuk hujung tahun. Sebelum ini antara negeri-negeri yang sering kita dengar dilanda banjir cuma Kelantan dan Terengganu.
Namun kali ini, buat pertama kalinya dua negeri yang terletak berhampiran dengan ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Selangor dilanda banjir kilat dengan teruk sekali sehingga menenggelamkan banyak rumah!
Sama kisahnya seperti seorang suami yang dikenali sebagai Dzul Nizman, dia telah berkongsi mengenai keadaan dia dan keluarganya yang sedang menghadapi musibah banjir.
Menerusi posting yang dibuatnya pada pukul 7 pagi tadi, air banjir sudah melebihi paras kepala.
Dzul yang juga mendiami rumah teres dua tingkat berkata tingkat bawah rumah sudah 100% ditenggelami air.
Jika mahu keluar ikut tingkat bawah juga bahaya oleh sebab faktor air dalam dan sebagainya.
Selain itu, anak-anaknya juga masih kecil manakala isterinya pula sedang sarat mengandung.
Menurut Dzul, isterinya akan menjalani pembedahan bersalin pada 21 Disember nanti.
Dzul juga berkata talian internet buat masa sekarang amat terhad di kawasan rumahnya oleh disebabkan banjir kilat yang teruk.
Menerusi posting terakhir yang dibuat oleh Dzul, dia sempat menyertakan dua keping gambar yang menunjukkan keadaan rumahnya ketika itu.
Isteri kepada Dzul iaitu Nurazura Ramli juga dikatakan tidak dapat mengawal emosi oleh kerana risau akan keadaan mereka sekeluarga yang masih terperangkap di dalam rumah.
Anak-anak mereka turut bingung dengan apa yang berlaku. Ya lah, mereka masih kecil dan tidak faham apa-apa.
Keadaan jiran-jiran mereka juga sama terkandas. Mereka semua menantikan bantuan untuk sampai kepada mereka namun masih tiada khabar berita.
Dzul akui buat masa sekarang, mereka hanya mampu bergantung pada doa ibu ayah, adik beradik2 dan rakan-rakan untuk mendoakan keselamatan mereka sekeluarga.
“Kami redha..”
“Allahuakbar.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Posting yang dibuat oleh Dzul telah meraih simpati ramai. Di ruangan komen pula, ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.
Ada yang memesan agar Dzul tabah mengharungi dugaan ini dan kuat menjaga keluarganya. Ada juga yang mendoakan supaya bantuan akan sampai dengan secepatnya.
Menerusi kemaskini terbaru, difahamkan mereka dapat menghubungi talian 999 dan bomba sudah terima laporan.
Malah, kerja-kerja menyelamat juga dalam proses ketika jam 8.36 pagi tadi.
Berikut antara komen-komen positif yang diberikan oleh pengguna Facebook
Moga-moga urusan keluarga ini dipermudahkan.