Pelakon Bella Astillah mencuri tumpuan apabila mengesahkan beliau hamil anak kedua sebelum ini.
Bella tetap mahu adakan sambutan ulang tahun kelahiran Ayden
Selain itu, beliau juga telah kembali menjadi isteri kepada Aliff Aziz ketika masih dalam idah dan kenyataan itu menjawab desas-desus mengenai hubungan mereka sebelum ini.
Walaupun sudah sarat mengandung dan alami tanda-tanda bersalin, Bella Astillah tetap mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean pada Rabu lalu.
Pintu rahim sudah terbuka 2 sentimeter
Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah memberitahu, sebelum majlis berlangsung, kakaknya sudah membuat pemeriksaan dan doktor memberitahu pintu rahim sudah terbuka 2 sentimeter.
“Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah rasa perut keras dan tanda-tanda nak bersalin”.
“Doktor beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersalin” ujar Didi.
Bella tetap utamakan anaknya
“Jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat birthday Ayden”.
“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdulillah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,” kata Didi ketika dihubungi mStar.
Menurut Didi, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah kini berada di hospital untuk pemeriksaan doktor namun tidak dapat memastikan bila kakaknya itu akan bersalin.
Aliff jauh di Singapura
“Sekarang Bella ada di hospital untuk buat pemeriksaan biasa. Tapi saya sendiri tak pasti bila dia akan melahirkan anak”.
“Masa Ayden lahir senang sahaja tapi kali ini macam tak ada banyak tanda-tanda sangat” katanya.
“Bella pun sentiasa aktif bergerak ke sana ke sini. Walaupun Aliff jauh di Singapura tapi mereka sentiasa berhubung”.
Setiap masa mereka on the phone
“Saya nampak macam setiap masa juga mereka on the phone,” ujarnya.
Bella sebelum ini memberitahu dia dijangka melahirkan cahaya mata perempuannya pada Julai.
Terdahulu, pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan pernah bercerai pada 16 Mei tahun lalu.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.