Connect with us

Kesihatan

[VIDEO] “Perkara normal,” Ibu ‘Terberak’ Ketika Bersalin, Doktor Ini Jelaskan Puncanya

Dalam kegembiraan menanti detik kehadiran cahaya mata, ibu dan juga suami turut merasa takut dan cemas menghadapi situasi getir itu.

Disebalik keterujaan menanti si kecil, pasti terselit juga perasaan bimbang dan takut jika ibu dan juga bayi mengalami sebarang komplikasi ketika bersalin.

Malah ibu yang bakal melahirkan pastinya akan berasa takut dan berdoa semoga proses kelahiran berjalan lancar.

Terberak ketika meneran bayi

Jika pengalaman pertama ramai ibu akan cuba mempersiapkan diri dan takut jika ada perkara atau situasi seperti terberak ketika meneran bayi

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh Dr. Muhammad Izzat, beliau berkongsi isu berkenaan.

Menurut Dr Muhammad Izzat, keadaan tersebut merupakan perkara biasa yang berlaku di dalam bilik bersalin.

Ini kerana bahagian otot yang digunakan ketika ibu sedang meneran bayi adalah sama ketika ingin membuang air besar.

Adakah saya akan ‘terberak’ ketika bersalin?

“Kemungkinan besar banyak ibu akan terberak ketika bersalin. Perkara yang normal. Sangat biasa.”

“Bila kepala baby turun melalui jalan peranakkan ( birth canal) , kepala baby akan menekan rectum dan akan ada rasa nak terberak.”

Kepala bayi yang menekan rectum akan keluarkan sekali najis ibu

“Bukan sahaja rasa nak terberak, kepala baby yg menekan rectum akan turut keluarkan sekali najis ibu.”

“Analogi mudah. Kalau kite dok picit ubat gigi – ubat gigi akan terpancut keluar- sama lah macam najis ibu terkeluar.”

Meskipun situasi tersebut agak memualkan, fasa tersebut adalah normal. Tambahan pula ketika bersalin ibu memang belum membuang air besar.

Misi dan doktor akan bersihkan nanti

Jika berdepan situasi tersebut, anda tidak perlu malu. Petugas perubatan akan bersihkan najis tersebut.

Malah, Dr Muhammad Izzat yang sering berkongsi info mengenali kehamilan turut berkongsi pengalaman lucu berdepan dengan situasi itu.

Tiada apa yang nak dimalukan

“Kekadang tak sedar. Tiada masalah pun. Nanti misi atau doktor akan bersihkan bahagian anus bila ada najis terkeluar untuk elakkan contact muka baby pada najis tu.”

“Tiada apa nak dimalukan kalau tetiba terberak masa tengah meneran. Perkara normal.”

Ia perkara normal

“Dalam kesibukan dalam dewan bersalin, saya pernah terpijak “gamat” yang ada pada lantai dan jatuh macam nangka busuk.”

“Nasib baik boleh lagi sambung oncall lagi selepas itu, licin oi.”

20.3 juta tontonan jawapan jururawat mengenai isu terberak ketika meneran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan tersebut.

Sementara itu, menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok mengenai isu berkenaan, turut mendapat perhatian ramai.

@amodernmidwifeNo nurses were harmed or clocked in. ##needtoknow ##nonuancenovember♬ Oh No – Kreepa

Jururawat menjawab tidak ada masalah sama sekali

Dalam video berkenaan, beberapa jururawat ditanya mengenai isu pesakit terberak ketika bersalin dan kesemua jururawat menjawab ia tidak menjadi masalah kepada mereka.

BACA: “Setahun malu nak jumpa orang..” Perubahan Hormon Semasa Hamil, Muka Jadi Berkedut dan Hitam

Malah mereka berkata, jika pesakit mereka sedang meneran dan terberak itu bermakna si ibu sedang meneran dengan cara yang betul.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.