Connect with us

Viral

“Doktor kejut & saya tengok dia untuk kali terakhir” Isteri Cerita Pengalaman Dapat Jaga Suami C0VID-19 Sebelum Pergi Selamanya

Pelbagai kisah yang dikongsikan orang ramai, barisan hadapan dan juga ahli keluarga mangsa C0vid-19 sepanjang penularan wabak ini di negara kita.

Terbaru, satu kisah dan pengalaman diceritakan oleh isteri arwah Hj Suhaimi Abdul Aziz yang diceritakan kepada Ali Russia.

Menerusi laman media Facebook Ali Russia, dia berkongsi kisah dan pengalaman yang menyentuh hati sepanjang isterinya arwah menjaga suaminya yang turut menjadi korban C0vid-19.

Kisah As Syahid korban C0vid19 dari Melaka

Isteri mangsa korban ini menceritakan bagaimana arwah mula sakit dan keadaannya ketika itu.

Keadaan arwah Suhaimi 15hb tu baik baik aje selera makan ada, cuma demam kejap panas kejap sejuk”.

Walaupun tidak berapa sihat, arwah dan isteri dikatakan masih melakukan solat jemaah di rumah bersama isterinya.

“Solat jemaah ngan dia Asar, Magrib dan Isyak. 16hb lepas makan antibiotik dan beberapa jenis ubat lagi dia dah tak de selera makan, mulai muntah, cirit birit. 17hb Xray telah diambil”.

Arwah turut meminta maaf kerana saya berjangkit virus ini darinya

Kesihatannya sedikit terganggu dan arwah suami turut meminta maaf kerana saya turut mendapat virus ini.

“Hari ni dia semput lendir banyak dalam paru paru dan oksigen susah nak masuk, dalam paru paru hanya 88 – 90”.

“Dia demam lagi dan saya beberapa kali lapkan dengan kain basah bila sejuk dia minta maaf ngan saya sebab katanya disebabkan dia saya pun dapat virus”.

Syukur dapat virus ini, sebab dapat sebilik dan tolong jaga dia

Saya syukur dapat virus juga kerana saya boleh duduk sebilik dengan arwah dan menjaganya ketika itu

“Saya kata syukur la saya pun virus ni, dapat satu bilik ngan dia, tolong jaga dia, ambil temperature , buatkan air”.

“Doctor kata saya bole jadi Nurse da, kalau sakit biasa biasa mesti dipisahkn lelaki dan perempuan kan”.

“18hb dia duduk sebelah saya tengok keluar tingkap dia kata nampak banyak kubur kat sana, saya tengok tu bumbung bangunan aje”.

Hati tu ada terdetik seperti nak ada perpisahan

“Lepas Zohor dia tidur mengigau saya bangun dan dengar apa yang dia cakap, sangat jelas seperti sedang bagi Bayan, katanya “Tiada yang dapat selamatkan kita selain dari Allah Lailahaillah Muhamadurrasulullah” dengan tangan yang diangkat seperti Syahadah”.

Keadan kesihatannya mula merosot dan dai sukar untuk bernafas walaupun ketika itu menggunakan oksigen

“Sebelum Asar keadaan dia susah nak bernafas walaupun guna oksgen lalu saya panggil Doctor, Doctor kata kena bawak ke bilik sebelah sebab ada Mesen Pernafasan”.

Itulah ucapan terakhir yang saya dengar sebelum dia ditidurkan

Saya sempat berpesan kepada arwah untuk mengucap kalimah Syahadah dan arwah ditidurkan selepas itu.

“Saya cuma pesan ucap kalimah Syahadah bang dan itulah ucapan terakhir yang saya dengar dari mulut dia sebelum ditidurkan”.

“19hb keadaan agak stabil, Doctor tukar ubat lain setelah minta izin dari saya, ada sedikit lebih baik dari semalam”.

Doktor panggil jenguk suami sebelum jantung suami terhenti

“20hb diambil Xray ianya menunjukkn keadaan semakin merosot. 10.30 malam Doctor suruh saya tengok suami sebab bila bila masa jer jantung suami boleh berhenti”.

Ketika dipanggil dan diberitahu mengenai keadan suami, saya lihat suami dan saya redho jika dia pergi.

“Masa tengok tu badan dia besar, ye la macam yang biasa tengok saya kata saya redho jika dia pergi meninggalkn saya dan saya maafkan dia”.

Doktor beritahu mereka tak dapat selamatkan pakcik

“Pukul 1.30 pagi Doctor kejut saya dan kata mereka tak dapat selamatkan pakcik jantungnya sudah berhenti”.

“Saya pergi tengok dia untuk kali terakhir”.

Melihat keadaan fizikalnya yang sedikit susut dan itu kali terakhir saya melihat suami sebelum dikafankan.

Tubuh arwah suami kurus dan wajahnya bersih

“Bila saya tengok rasa macam tak percaya, tubuhnya kurus mcm budak umur 20an, wajah bersih, badan takde lebam lebam, rupa pun macam budak muda”.

“Saya redho, jenazah pun ringan dan kain kapan yang salah potong katanye kecil tapi Alhamdulillah cukup cukup aje”.

Jenazah ringan dan diletak kapas yang banyak

“Pengurusan jenazah pun mudah Alhamdulillah. Lupa pulak sape yang ada tengok dalam tv atau youtube nampak macam besar aje jenazah kan, tu dia orang dah letak kapas banyak”.

“Adik ipar tolong angkat nak mandikkan dari dalam van tu dia kata ringan bole angkat 2 org.”


Al Fatihah buat arwah. Semoga  Allah Taala merahmati roh beliau dan memberi kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan. Amin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.