Connect with us

Selebriti

Doktor Risau Kehamilan Ke-6 Bahayakan Nyawa, Rebecca Islam Akui Sedih & Mohon Doa Ramai

Seorang pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad yang pernah membintangi drama Jangan Tegur Lagi, Dejavu di Kinabalu, Awak Suka Saya Tak ini cukup sememangnya cukup dikenali ramai. Mempunyai darah kacukan Melayu, Jawa, Arab dan Cina membuatkan dirinya sering menjadi perhatian.

Iospital phone repair gombak
Umum mengetahui, pelakon ini mempunyai lima orang anak, seorang anak angkat dan dua anak tiri. Namun siapa sangka, baru-baru ini dia berkongsikan berita gembira dimana dia mengumumkan dirinya kini hamil anak keenam.

Memetik sumber, Rebecca ini menjelaskan akan ke hospital esok hari untuk melakukan imbasan serta mengetahui keputusan sama ada boleh meneruskan kehamilan atau terpaksa digugurkan kerana sebelum ini juga kesemua lima anaknya dilahirkan menerusi kaedah caesaren. Oleh itu, doktor juga agak risau dengan keadaannya.

“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tgggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu…”

“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean…”

“Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan Kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.


Walau bagaimanapun, pelakon ini mengakui dia sedih dan berada di dalam situasi dilema serta meminta doa ramai agar yang baik-baik sahaja buatnya serta bayinya.

“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” ujarnya lagi.

Menurut, Rebecca kehamilan yang keenam ini sememangnya tidak dirancang namun dia percaya dengan rezeki yang telah diberikan.

“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira. Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” tambahnya.

Continue Reading
Advertisement