Kemalangan sememangnya tidak dapat dijangka bahkan ia boleh berlaku dimana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Sebab itulah kita sering diingatkan agar berhati-hati terutamanya di atas jalan raya.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana sebuah lori terangkat bergerak dengan dua tayar memotong barisan di sehingga kenderaan di arah lorong bertentangan terpaksa mengelak masuk ke kawasan berumput tepi jalan.
Menerusi rakaman dashcam yang dimuat naik, dapat kita lihat lori yang penuh dengan muatan berat itu tiba-tiba keluar dari lane dengan laju dan hampir terbalik kerana tidak stabil.
Kelihatan juga kenderaan dari arah bertentengan dengan lori tersebut mengelak kerana bimbang berlakunya kemalangan yang lebih serius.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘seriau’ melihat video tersebut apatah lagi ketika lori tersebut seakan hilang kawalan bahkan berang dengan sikappemandu lori yang dilihat tergesa-gesa dan memotong di garis berkembar.
Dalam masa yang sama, netizen bersyukur kerana tidak ada perkara ngeri yang berlaku termasuklah kemalangan jiwa.
Video tersebut turut dimuat naik olehh pelawak terkenal iaitu Ropie di laman Instagram yang juga akui geram dengan sikap sesetengah individu yang memandu dengan berbahaya.
“Allahuakbar . Bahaye btuiii ,nasib baik tak kena.. nak kemane En LORI.. Berhati-hatilah dijalan raya… Ingatlah org² yg tersayang.. Pandu cermat jiwa Selamat..” ujarnya.
Antara komen warga maya:
“Uishhhh berhenti 3 saat jantung saya bang”
“Mesti trauma kan.. gilerrr weyhhh.. bapak besar & laju lori tu…”
“Mohon pihak berkuasa ambil tindakan sekeras kerasnya.. membahayakan kenderaan lain.. amat ngeri kalau bertembung tu.. kesian kat orang yang tak bersalah”
“Biadap betul lori.. double line tu..”
“Double line tak boleh memotong!”
Video yang tular: