Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Drama ‘Cinta Sekali Lagi’ Tamat, Netizen Pertikaikan Pengakhiran Hidup Amani

Drama Cinta Sekali Lagi yang disiarkan di slot Akasia TV3 telah menayangkan episod terakhir pada 14 Disember 2020.

Drama ini merupakan sebuah siri arahan Pali Yahya dibintangi oleh Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan, Hannah Delisha, dan Raja Afiq.

Siri ini memulakan tayangan perdana pada 4 November 2020 di Slot Akasia TV3 menggantikan Ryan Aralyn.

Menerusi laman Instagram, pelakon utamanya iaitu Nelydia Senrose telah memuat naik satu video behind the scene.

“Ada yang marah ke Amanda dan Fahad bersatu semula? Amanda buat semua ni demi anak-anak je

“Terima kasih pada semua yang setia menonton #cintasekalilagi dari episod awal hingga akhir.

“Terima kasih juga pada semua yg meminjamkan rasa dan emosi sepanjang #cintasekalilagi ditayangkan.

“Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran buat kita semua, segala kekurangan dari pihak kami harap dihalalkan ye. Amanda Firdaus signing off”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Walau bagaimanapun di ruangan komen, ada yang kurang suka watak Amanda dan Fahad yang bersatu semula, dan ramai yang tidak berpuas hati dengan pengakhiran hidup Amani.

“Amanii ta dpt balasan yg setimpal , dia dh bt mcm2 kat amandaaa …. Arhhh gerammm”

“Cerita bagus,tapi ending kurang memuaskan.”

“Cepat sgt si amani tu mati”

“Tak puas la amani pergi macam tu je”

“Kenape ending amani mcm tu…..xbest lah…”

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI

Mengisahkan kisah hidup dua beradik iatu Amanda dan Amani. Amanda lakonan Nelysia Senrose sentiasa dipersalahkan oleh Amani (Hannah Delisha) kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya semasa kanak-kanak.

Sejak peristiwa tersebut, Amanda telah berjanji dengan adik yang dia akan sentiasa memberi sepenuh perhatian untuk Amani dan sanggup lakukan apa saja demi adiknya. Kerana itu, sikap Amani mementingkan diri sendiri dan sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Pertemuan Fahad (Saharul Ridzwan) dan Amanda (Nelydia Senrose) tanpa sengaja membibitkan rasa cinta di hati mereka. Amanda baru dilantik jadi ‘Jewellery Designer’ di Anggun Jewels. Dia sering berselisih faham dan dengan Fahad, pengurus di situ. Fahad seolah-olah tidak suka dengan kehadiran Amanda dan suka cari pasal dengan Amanda. Ada saja yang tidak kena di mata Fahad.

Satu hari ibu Fahad (Dilla Ahmad) hampir pengsan dan secara kebetulan dibantu Amanda yang ada sama di surau ketika itu. Ibu Fahad berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu rupanya Amanda adalah rakan sekerja yang selalu diceritakan Fahad.

Amani masih belajar tapi sibuk mahu kahwin dengan Ungku Mukhlis lakonan Raja Afiq sepupu kepada Fahad. Bagi Amani, Ungku Mukhlis merupakan jejaka terbaik untuknya dan akan memenuhi impian hidupnya ingin jadi seperti ‘Cinderella’ – hidup senang penuh dengan kemewahan.

Ibu Amanda dan Amani lakonan Haleeda Mazlin mengenakan syarat pada Amani harus menamatkan pengajiannya daulu sebelum berkahwin dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.