Connect with us

Viral

“Dramatic betul Jia ni” Wanita Reject ‘Fist Bump’, Reaksi Lee Zii Jia Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja tidak kenal dengan Lee Zii Jia yang juga merupakan pemain perseorangan lelaki badminton No. 1 Malaysia yang diharapkan dapat menggantikan bekas legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang sehingga kini masih belum dapat diatasi kehebatannya.

Sudah tentu dia menjadi idola ramai kerana dikatakan pewaris kepada Datuk Lee Chong Wei setelah menunjukkan prestasi yang baik dari hari ke hari.

Pun begitu, bagaimana minat kita sekalipun terhadap seseorang, sebagai orang islam pasti ada batas tertentu apatah lagi jika dia merupakan seorang wanita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menolah ajakan ‘fist bump’ Lee Zii Jia kerana tidak mahu bersentuhan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @nyominyoms, kelihatan mereka sedang berada dalam sesi wawancara. Namun tiba-tiba Lee Zii Jia mengajak seorang perempuan yang berada di sebelahnya untuk ‘fist bump’ namun wanita tersebut menolak ajakan itu dengan sangat sopan.

Apa yang lebih lucu adalah, Lee Zii Jia dilihat memegang dadanya sambil membuat reaksi muka sakit seolah-olah cintanya ditolak oleh perempuan tersebut namun bagaimana pun Lee Zii Jia sempat meminta maaf dan berkata ianya hanyalah gurauan semata-mata malah wanita tersebut mengangguk dan tersenyum tanda faham.

Video yang tular di laman TikTok:

@nyominyoms Dramatic jia 😂 #leeziijia #lzj #shattlehearts #LazadaTambahRaya #fyp #foryou #fypシ #fypdongggggggg #oppo #badminton #badmintonlove #badmintonplayer ♬ love me like you do – Thalia &lt3

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 505.8K tontonan, 69.3K tanda suka, 624 komen dan 1210 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dengan sikap wanita tersebut yang masih menjaga ikhtilat walaupun bersama orang yang sangat terkenal seperti Lee Zii Jia.

Dalam masa yang sama, para netizen juga terhibur dengan reaksi Lee Zii Jia yang dangat Dramatic apabila wanita tersebut menolak ajakannya untuk ‘fist bump’.

Berikut merupakan komen warga maya:

“mama dulu pernah reject lelaki idaman wanita malaysia tau”

“Dramatic betul Jia ni.. terluka tapi tak berdarah”


“pandai akak ni jaga batasan.. LZJ pun hormat dia..”

“tolonglah jangan comel sangat”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.