Connect with us

Viral

Dua Beradik Bantu Budak Sesat Dalam Mall, Reaksi Ibu Bila Jumpa Anak Buat Netizen Sebak

Anak-anak apabila berada di dalam mall, mereka sememangnya akan menjadi lebih ‘hyper’ dan sukar untuk dikawal oleh ibu bapa. Mudah kata, jika terleka sedikit, hilang terus dari pandangan. Ada sahaja tempat lain yang mereka hendak pergi.

Sebab itulah banyak terjadinya isu kanak-kanak sesat mencari ibu bapa di dalam pusat beli belah sehingga orang awam terpaksa membantu budak tersebut berjumpa dengan penjaga mereka.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dua beradik yang menyelamatkan seorang budak perempuan sesat di IOI Mall mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sharifah.azhar di TikTok, kelihatan dua beradik tersebut pada awalnya mahu singgah sebentar di situ untuk membeli face mask sebelum terjumpa seorang budak perempuan yang sesat.

Tanpa berfikir panjang, pemuda ini terus mendukung budak perempuan yang berlari-lari sambil menangis kerana tidak menjumpai ibunya itu.

Oleh kerana ingin memujuk budak tersebut agar lebih tenang, mereka membelikannya air sambil mencari ibunya.


Tidak lama selepas itu, mereka berjaya menemukan budak itu dengan ibunya di depan entrance Lotus’s. Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila ibunya menangis sambil memeluk anaknya itu kerana risau si anak dibawa lari oleh orang jahat.

Dalam masa yang sama, ibunya juga sempat mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua mereka kerana menyelamatkan anaknya yang sesat itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap baik yang dilakukan oleh kedua beradik ini yang sedaya upaya menyelamatkan dan menenangkan budak perempuan itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut sebak melihat reaksi ibu tersebut yang masih dalam keadaan panik selepas anaknya hilang daripada pandangan.

Antara komen warga maya:

“gugur airmata pepagi ni”

“sape pagi2 potong bawang ni”

“mak2 je faham macam mana perasaan nak handle anak reramai, time orang tengah crowded”

“sebaknya part mak dia nangis tu..”

“maknya cuba terlihat tenang but after nampak anak dia depan mata tu jatuh juga airmata”

“percayalah jantung si ibu macam terhenti.. saya pernah alami..”


Video yang tular:

@sharifah.azhar SYUKUR ALHAMDULILLAH. Thank you ALLAH kerana telah permudahkan urusan kami mencari ibu, anak kecil nih 🥺🤲🏻. Thank you so much my lil brother 😘#budakhilang #shoppingmall #ioicitymall #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #malaysiatiktok ♬ original sound – sharifah.azhar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.