Dua adik-beradik menyangkakan ibu bapa mereka sedang tidur sedangkan kedua ibu bapa mereka sebenarnya sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu kerana keracunan makanan.
Kejadian berlaku di Rusia apabila kakak sulung yang kanak-kanak berumur lima tahun perlu menjaga dirinya dan juga adiknya yang berusia satu tahun.
Pasangan ini tidak hadir ke perjumpaan keluarga
Kematian itu terbongkar apabila pasangan Alexander dan Viktoria Yakunin tidak hadir pada perjumpaan keluarga yang diadakan.
Memetik laporan Mirror UK, ibu saudara yang berasa tidak sedap hati segera menghubungi si bapa namun panggilan dijawab anak saudara yang berusia lima tahun.
Ibu bapanya sudah lama tidur dan bertukar menjadi hitam
Budak perempuan itu mengatakan bahawa bapanya 30, dan ibunya, 25, sudah lama tidur dan keduanya telah bertukar menjadi hitam.
Budak tersebut mengambil tanggungjawab menjaga adik lelakinya yang berusia satu tahun selepas kedua ibu bapa mereka tidak bangun-bangun dari tidur.
Saya terkejut dan menjerit melihat semuanya
Menurut Adik kepada Alexander iaitu Natalia Bakulina, 36, bergegas ke flat di kawasan Leningrad di Rusia dan anak saudaranya membuka pintu.
“Saya berlari dan melihat semuanya. Saya terkejut dan menjerit”.
Apabila masuk ke dalam bilik, alangkah terkejutnya Natalia apabila melihat kedua ibu bapa kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa.
Natalia menghubungi polis dan bantuan kecemasan, kemudiannya membawa dua beradik tersebut keluar dari flat di kediaman tersebut.
Keracunan makanan punca kematian
Sementara itu, Berita 78.ru melaporkan bahawa keracunan makanan dipercayai menjadi penyebab kematian pasangan itu.
Pekerja kilang gas Alexander telah memberi sebotol jeruk buatan neneknya sehari sebelum hari kejadian.
Toksik botulinum adalah punca kematian
Ketika kedua mayat ditemui, bekas itu dijumpai terbuka di dapur dan dipercayai toksin botulinum adalah punca kematian.
Difahamkan, toksin tersebut boleh menyebabkan lumpuh bahkan kematian akibat kegagalan pernafasan.
Mereka pasangan yang romantis dan sempurna
Menurut jiran mereka, Mikhail Khomchenko, pasangan itu digambarkan sebagai pasangan romantis dan sempurna.
Malah, dia turut menafikan ada kemungkinan faktor lain yang menyebabkan mereka terkorban.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita untuk lebih berhati-hati memilih makanan dan memastikan makanan yang diambil berada dalam keadaan yang baik.