Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sering mendapat perhatian di media sosial kerana selalu menceritakan perkembangan terkini anak-anaknya terutama sekali anak perempuannya.
Beliau turut selalu menerima pujian ramai kerana sering menunjukkan contoh parenting yang baik, secara tidak langsung membantu ibu bapa di luar sana berhadapan dengan anak-anak.
Baru-baru ini, beliau sempat berkongsikan di mana Isabella, 12, dan Sophea Natasha, 10, sedang mengambil lesen menyelam, membuatkan netizen terpegun!
Rakaman yang dimuat naik di TikTok dan Instagram itu memaparkan dua anak perempuannya bersedia terjun ke dalam laut, dilengkapi dengan peralatan keperluan untuk aktiviti scuba diving.
Video yang tular di laman TikTok dan Instagram