Connect with us

#MalaysiaBaru

Dua Tahun Pasang Jalur Gemilang Terbalik di Kluang, Wanita Ditahan

Seorang wanita berusia 55 tahun ditahan selepas premis miliknya di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, hasil siasatan mendapati kedai makan itu sudah dua tahun mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik.

Menerusi laporan Harian Metro, siasatan terhadap pemilik premis itu adalah susulan mendapat aduan awam.

Katanya, anggota dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kluang menerima laporan Ahad lalu dan menahan pemilik premis pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati premis itu beroperasi sejak 2017, bagaimanapun pada Januari lalu premis ini tidak lagi beroperasi.

“Pemasangan bendera terbalik ini adalah sejak premis beroperasi iaitu pada tahun 2017 sehingga aduan dibuat oleh orang awam.

“Kenapa baru sekarang dilaporkan? Saya fikir kerana kesedaran orang ramai mulai meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Ayob Khan berkata turut dirampas adalah sehelai Jalur Gemilang.

“Kita akan ambil tindakan, akta yang dikenakan ini lebih berat. Pasang bendera berhati-hati, tiada alasan tiada faham atau terlupa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

“Keterangan suspek sudah diambil dan akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (penggunaan tidak wajar) (pindaan) 2017.

Menurut beliau, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Lambang & Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.