Connect with us

Viral

“Duduk atas katil arwah sambil pandang kubur..” Kisah Seorang Isteri Termenung Jauh Setelah Kehilangan Suaminya Buat Netizen Sebak

Kehilangan seseorang dalam hidup merupakan suatu perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Perasaan rindu yang tidak terhingga membuatkan seseorang itu akan mengalami kesulitan dalam meneruskan harian seperti biasa.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman Tiktok di mana seorang wanita berkongsikan kisah ibunya yang termenung mengenangkan arwah ayahnya itu.

Berdasarkan video yang dimuat naik di akaun @zalida_ainie, kelihatan ibunya duduk sedang duduk di atas katil arwah ayahnya sambil memandang kubur arwah menerusi tingkap bilik tersebut.

“Sejak arwah ayah tak ada, macam ni la mak hari-hari. Duduk atas katil arwah sambil pandang kubur ayah depan rumah,” tulisnya di dalam video tersebut.

Dipercayai ayahnya itu dikuburkan di tanah perkuburan yang berdekatan dengan rumahnya dan kuburnya boleh dilihat menerusi tingkap rumah mereka.

Lapor MStar, Zalida Ainie, 29, mendakwa bahawa ibunya Dawiah Sapiai, 54, setiap hari akan berbuat sedemikian sejak arwah ayahnya itu meninggal dunia bulan lalu.

Ayahnya itu turut dikatakan terlantar selama tujuh tahun akibat diserang kanser.

“Arwah ayah sakit kanser hati dengan ketumbuhan dekat kepala. Sakit sejak tahun 2016. Dia memang terlantar di rumah, badannya tak boleh bergerak dari paras dada ke bawah.

“Selepas ayah meninggal, mak suka duduk atas katil arwah ayah kat tepi tingkap. Rumah kami betul-betul depan kubur. Tingkap itu pula menghadap ke kubur.

“Kalau buka pintu rumah kami pun, terang-terang nampak kubur. Itu yang menjadikan video nampak lagi sedih,” ujar Zalida mengenai kisah sedih ibunya itu yang kehilangan suaminya.

Dalam pada itu, Zalida menyatakan bahawa kini dia sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku selepas kematian bapanya, Allahyarham Zaid Embun.

Walaupun Zalida tinggal berasingan dengan ibunya, Zalida akan melawat ibunya setiap hari kemudian adik beradik yang lain turut begilir-gilir tidur di rumah tersebut.

“Ada dua adik yang duduk dengan mak. Walaupun saya tak tinggal bersama, rumah sewa saya tak jauh dengan rumah mak. Setiap hari saya datang dan akan bergilir-gilir tidur di sana dengan adik-beradik yang lain.

“Selama tujuh tahun sakit, memang mak yang uruskan ayah, suap ayah makan. Lepas dua ke tiga tahun sakit, ayah dah boleh makan sendiri, tapi tetap kena bangunkan dia dulu.

“Sebab tu selalu teringat sebab dah terbiasa. Sebelum ni kalau saya datang ayah ada je walaupun tak boleh bergerak. Biasa dia ada duduk di depan TV.

“Datang sekarang rasa lain sikit, rasa macam ayah ada atas katil tu lagi,” jelas Zalida lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasa terharu melihat video tersebut dan orang ramai banyak menitipkan doa buat keluarga mereka serta mengucapkan ucapan takziah buat mereka sekeluarga.

Antara komen netizen:

“bkn mak je dik..semua org akan JD cmni..sbb dah hidup bertahun ..ingt sng nk lupakn..”

“Al-Fatihah Semoga Ditempat Dengan Org Beriman 🤲🏻 Dan moga Mak awk terus Kuat😢🤲🏻”


Video yang tular:

@zalida_ainie

Al-fatihah buat hero ku ..😖😖

♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid

Continue Reading
Advertisement