Dalam menyambut bulan Ramadan, tentu ramai anak kecil dan ibu bapa yang teruja untuk berpuasa. Nak nak lagi kanak-kanak yang baru pertama kali ingin berpuasa.
Namun apa yang dirancang tidak akan selalu menjadi kenyataan. Dalam pada kita berpuasa, ada saja gangguan yang menguji iman si orang puasa.
Sama kisahnya seperti seorang budak perempuan yang masih bersekolah rendah ini. Aksi adiknya menyuap makanan kepadanya telah mengundang dekah ramai!
Video yang dimuat naik di TikTok oleh @umar_hero2021 nyata mencuit hati ramai! Video berdurasi 28 saat itu memaparkan si kakak sedang sedaya upaya menepis pelawaan adiknya itu untuk makan.
Turut difahamkan, si adik bernama Umar merupakan anak istimewa atas beberapa faktor kesihatan.
Pemegang kad OKU berumur tiga tahun itu juga disahkan menghidap Sacral Agnesis di mana sakrum tulang berbentuk segitiga yang menghubungkan tulang belakang ke pelvis hanya sebahagiannya berkembang atau tidak berkembang sama sekali.
Walaupun Umar merengek-rengek ingin menyuap kakaknya, si kakak gigih dan masih dengan pendiriannya yang ingin berpuasa.
Si kakak turut dilihat beberapa kali cuba menepis anak istimewa itu dan menutup mulutnya agar tidak termasuk makanan yang diberi Umar sambil tersenyum dan mengatakan dirinya puasa kepada Umar.
Sejak video itu dikongsi, ianya tular dengan jumlah tontonan sebanyak 51.5 ribu dan 2930 tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji kecomelan dua beradik itu. Selain itu, mereka turut berpendapat Umar terlalu sayangkan kakaknya dan enggan melihat kakaknya kelaparan.
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok
“Allah anak soleh. dia beriya² nak kakak dia nak makan.syg sangat kat kakak dia..😁”
“Comellll”
“sayang umar pada kak suruh mkn sampai menangis, kesian dia…🥰🥰”
“Eee….dik Umar ni…acik geram la tgk diee🥰🥰 brtuah kakak dpt adk pnyayang mcm Umar 🥰”
“Comeynya Sayang dia at Kakak dia”
“Alahhh cian pulak tengok umar🥰🥰tabah nya kakak dy”